Pages

Thursday, July 9, 2015

TAKKAN KPDNKK SETAKAT AKUI HARGA 4 JENIS BARANGAN KAWALAN TERMASUK DAGING LEMBU TEMPATAN DAN DAGING KERBAU IMPORT MENINGKAT LEBIH TINGGI!!!



Harga maksimum borong dan runcit empat jenis barangan kawalan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Antara barangan yang mengalami kenaikan adalah daging lembu tempatan, daging kerbau import, bawang merah kecil (India) dan bawang putih (China).

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Azmi Lateh berkata, keempat-empat barangan itu menunjukkan kenaikan harga antara RM1.50 dan RM2 berbanding tahun lalu.

Menurutnya, penetapan harga itu berdasarkan beberapa faktor antaranya permintaan tinggi pada musim perayaan selain kos pengeluaran dan operasi, pertukaran mata wang serta mengikut kesesuaian harga pasaran semasa.

“Harga empat jenis barangan mengalami sedikit kenaikan tahun ini kerana beberapa faktor antaranya pertukaran mata wang dan penawaran yang tinggi.

“Namun terdapat juga barangan yang diturunkan harga seperti ikan kembung termasuk ikan mabung ditentukan lebih rendah pada tahun ini iaitu RM11 sekilogram berbanding RM12 pada tahun lalu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan skim kawalan harga musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015 peringkat negeri, di sini hari ini.

Antara barangan kawalan pada tahun ini adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, bawang besar import dan ubi kentang (China) dengan harganya dikekalkan.

Jelas Azmi, harga barangan itu dapat dikekalkan kerana bekalannya stabil dan mencukupi untuk menghadapi musim perayaan ini.

Tambahnya, biarpun harga barangan ditetapkan pada harga maksimum namun peniaga digalakkan untuk menjual barangan terpilih pada harga le­bih rendah sekiranya harga yang diperoleh lebih rendah. (SUMBER)


No comments:

Post a Comment