Dalam kejadian jam 3 pagi itu, pegawai polis itu dikatakan cuba membantu rakannya yang terbabit dalam kemalangan di lebuh raya berkenaan.
Sumber berkata, rakan pegawai polis itu yang juga seorang anggota polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, Kedah, terbabit kemalangan dengan sebuah kereta model Proton Iswara dipandu seorang lelaki.
“Sebaik berlaku kemalangan itu, rakan pegawai polis itu ditampar pemilik Proton Iswara yang tidak berpuas hati sebelum mereka didatangi sekumpulan lelaki mengaku sebagai ‘longkai’ (penarik kenderaan rosak).
“Melihat tindakan kumpulan itu boleh mendatangkan bahaya, mangsa segera menghubungi pegawai polis terbabit untuk meminta bantuan.
“Sebaik pegawai polis itu tiba di lokasi, dia terus berjumpa dengan kumpulan lelaki itu untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.
Bagaimanapun kumpulan lelaki itu seolah-olah tidak berpuas hati sebaik pegawai polis terbabit memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Sumber berkata, suspek kemudiannya menumbuk muka pegawai polis itu menyebabkan mangsa membalas tumbukan hingga berlaku pergelutan.
“Pada masa itu, kumpulan ‘longkai’ turut bertindak agresif dan menyerang mangsa serta rakannya sehingga memaksa mangsa melepaskan tembakan amaran. Susulan itu kumpulan terbabit segera beredar dari lokasi kejadian.
“Akibat pergelutan itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian bibir dan muka akibat ditumbuk,” katanya.
Difahamkan, rakan mangsa berada di Kuala Lumpur bagi menjalani kursus dan ketika kejadian itu dia dalam perjalanan ke Petaling Jaya selepas menghadiri jamuan di Kepong.
-Metro
itu kedua2 polis... kalau orang awam, (melayu pula) bagaimana?
ReplyDeletePolis kekadang bagi muka sangat, malah ada yang menjadi ajen kpd penarik lori tunda tu pula...
Keadaan malaysia sekarang bukan mcm 10 tahun yang lepas...
Cari jangan tak cari ! Polis hebat libas melayu sahaja. Libas penyangak2 besar ini yang konon kebal undang-undang kerana di bela pembangkang !
ReplyDeleteGeledah macam mana mereka geledah SPRM !
maae...
ReplyDeletelu mau ingatla...ini malaysia kalaumau tangkap itu mat rempit baru polis ada teloq...tapi kalau mau tangkap itu kongsi gelap lebih2 lagi kalau ahbeng yg terlibat mana ada berani, lu tak percaya tanya sama najib...dia pun manyak takut sama itu "I love pm'