Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah supaya semua pihak tidak membuat spekulasi berkenaan hubungan ayahanda baginda dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titahnya, sama ada hubungan itu baik atau tidak, hanya baginda dan ayahanda baginda, Sultan Johor, sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara itu.
Baginda mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi yang berkata, tiada masalah antara Sultan Johor dengan Perdana Menteri.
“Ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar.
“Jangan membuat spekulasi berkenaan DYMM Tuanku ada masalah dengan Perdana Menteri atau tidak, kerana hanya DYMM Sultan dan saya sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.
“Oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum,” tulis baginda di akaun Facebook Johor Southern Tigers.
Sebelum ini, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan kenyataan Puad itu.
Menerusi blognya, Zainuddin berkata, rakyat hanya percaya (hubungan Istana Johor dan Najib tiada masalah) jika kenyataan itu dibuat jurucakap rasmi Istana Johor. - (FMT)
jangan la sibuk sgt cakap hal politik tmj. jaga jdt tu. ckp bnyk bab politik, tak pasal2 jdt kena titik dgn red warrior...
ReplyDeleteBola takde kena mengena ngan politiklah bahalol ..kau pertahanlah puad lidah pendek kau tu ..kat kampung sendiri pun boleh kalah ...
DeleteBiasanya orang menafikan keretakan hubungan.Tapi bila org kata hubungan baik2 saja pun disuruh diam maknanya ada sesuatu yg tak kenalah tu hubungan antara istana johor dan najib.
ReplyDeleteAnon 12:40 hahahaha...cakap sebagai anon boleh la . Cuma komen guna nama sendiri tengok. Ada brani!!!
ReplyDeleteBangsa johor.
ReplyDeleteBangsa selangor.
Bangsa n sembilan.
Bangsa melaka.
Bangsa perak....
Apa2 larrrr.....
Kita semua bangsa Malayu .yg beza mungkin.
Etnik2 gitu...
Tunggu DAP perintah Malaysia...kita semua akan tahu dimana sebennarnya kedudukkan bangsa2 diatas.
TMJ kalau kalah bola mesti meroyan saja cari pasal dgn orang politik..Cuba dia menang senyap sepi..dulu hormat sekarang sori..kerabat ke siapa ke darah tetap merah cuma takdir menetapkan dia sbg TMJ.. Hiss.
ReplyDeleteKalau hubungan baik ke tidak ke apa masalah TMJ..puad cuma medamaikan keadan yang TMJ serious sangat tu kenape..kalau hubungan tak baik pun kata ajelah..orang faham..siapa yang angkuh dan bongkak
ReplyDelete