Menyifatkan Ahmad membuat 'lawak antarabangsa' dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemimpin berkenaan perlu melihat dalam aspek yang lebih luas mengenai masa depan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Seorang pemimpin Umno dari Johor yang ada jawatan dalam parti dan kerajaan berkata kenapa nak kata BN akan kalah kerana esok bukan pilihan raya.
"
Sebelum ini Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, persoalan sama ada BN boleh menang pilihan raya umum (PRU) atau tidak jika ia diadakan esok tidak perlu dijawab kerana menurutnya PRU hanya mungkin akan diadakan pada 2018.
Katanya 'esok' hanyalah merupakan persiapan untuk menghadapi PRU ke-14, dan bukannya PRU itu sendiri.
Ahmad menjawab kenyataan Muhyiddin sebelum ini yang berkata bahawa BN akan tewas jika pilihan raya diadakan esok berikutan pelbagai isu yang timbul dalam pentadbiran kerajaan.
Mengulas lanjut ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Umno Perwakilan Bahagian Kluang di sini, Muhyiddin yang baharu digugurkan daripada Kabinet berkata kenyataannya sebelum ini dibuat berdasarkan situasi politik semasa.
"Saya pengarah pilihan raya Umno, saya ketuai begitu banyak pilihan raya kecil sebelum ini.
"Kenyataan saya itu bukan untuk menakutkan tapi untuk beri peringatan. Kalau Umno tak bangkit, kita akan menempuh tempoh masa agak sukar," katanya. - (MSTAR ONLINE)
Ahmad maslan buat malu wong Jowo,
ReplyDelete