Pages

Tuesday, August 4, 2015

NAJIB BOLEH JAWAB APA SAHAJA, TETAPI SEMUA JAWAPAN TIDAK AKAN UNDANG PUAS HATI!!!



Apa sahaja jawapan yang diberikan Perdana Menteri tidak akan dapat memuaskan hati pengkritiknya, demikian kata Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau dalam blognya hari ini berkata, pengkritik akan menekan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan jawapan yang mereka kehendaki, tetapi apabila jawapan itu diberikan, mereka tetap tidak akan berpuas hati dengannya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengumumkan, RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib adalah sumbangan seorang penderma.

Namun, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah itu berkata, pengkritik kini mempersoalkan SPRM kenapa mengambil tempoh lama untuk mengumumkan perkara itu.

Ada pula mahu tahu tujuan sumbangan itu diberikan, kerana dana itu adalah satu jumlah yang amat besar.

“Jadi, apa isunya sekarang? Adakah mereka tidak gembira kerana wang itu tidak dicuri daripada 1MDB seperti didakwa? Itu adalah apa yang mereka mahu tahu dan itu yang disahkan SPRM.

“Jika Najib beritahu mereka sumbangan itu diberikan tanpa sebarang syarat, adakah mereka percaya beliau?” soalnya sambil menambah, ini adalah situasi biasa di mana seorang pemimpin tidak akan dapat memuaskan hati pengkritiknya.

Selepas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan barisan Kabinet, beliau dalam satu rakaman video yang muncul pada minggu lalu mendakwa, Najib mengaku menerima wang sebanyak RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadinya. (RAKYAT POST)


8 comments:

  1. kalau dari awal lagi tak cakap belit2 mesti la orang boleh percaya..simple logik la bro.. :-)

    ReplyDelete
  2. memang la org tak percaya...dari awal lg dah berbelit2 jawapan dia...mula2 cash pastu unit

    ReplyDelete
  3. kadang kala penderma tidak mahu org tahu ttg apa yg dia dermakan

    ReplyDelete
  4. Dia ni mana reti 'simple logic' ...

    ReplyDelete
  5. Dia cakap apa saja, awal atau lambat..... sure ada yg tak puas hati. Tapi DAP dan PKR berbilion sumbangan dari luar mahupun dalam....takut. kecut bagai telur dan kerandut terperosok ke dalam lebih dalam dari air mani yg di kesan dalam dubur sysiful...

    ReplyDelete
  6. Segala isu yang yang diutarakan di laman sosial sering mendapatkan pandangan negatif, dan ia sering disalah tafsir sehingga menyebabkan persepsi buruk terhadap kepimpinan Najib

    ReplyDelete
  7. Teringat aku cerita Bani Israel kepala batu dgn Nabi Musa as tentang lembu yg nk disembelih. Oleh kerana bnyk cekadak tanya mcm2, maka Allah pun susahkn diorg. Menurut saidina Ali krw, klu disembelih mane2 lembu maka sudah memadai TAPI sengaja nk susahkn/bodoh2kn Nabi Musa maka Allah bodohkn Bani Israel. Ambil la teladan, jgn jd Bani Israel klu pun ada darah dna Israel.

    ReplyDelete
  8. Tula dulu cakap org 3 billion 3 billion. La ni padan muka. Allah taala tunjuk kat dunia lagi. Kahkah

    ReplyDelete