Pejabat yang sepatutnya berdaftar dengan menggunakan alamat tingkat tujuh, Menara Milenium, Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara di sini tidak wujud, malah, tidak mempunyai sebarang papan tanda mengenainya, sebaliknya hanya terdapat syarikat-syarikat lain.
Tinjauan Utusan Malaysia ke alamat tersebut hari ini mendapati hanya dua buah syarikat terdapat di tingkat yang sama iaitu Securities Services (Holdings) Sdn. Bhd.(SSH) dan Zaid Ibrahim & Co.
Ruang pejabat di tingkat itu pula sempit dan tidak boleh memuatkan ramai kakitangan.
Seorang kerani penyambut tetamu SSH ketika ditemui mengakui DEIG sememangnya berdaftar dengan SSM menggunakan alamat di situ, tetapi segala urusan surat-menyurat dan hal-hal berkaitan adalah di Shah Alam.
“Ya, di sini memang pejabat DEIG. Berdaftar sahaja dengan SSM menggunakan alamat di sini, tetapi di sini pejabat setiausaha. Di sini tidak ada urusan surat-menyurat. Apa-apa hal kamu kena pergi ke Shah Alam,” katanya.
Tindakan kerajaan PKR Selangor menubuhkan DEIG menjadikan isu paling panas di negeri itu berikutan syarikat bernilai RM2 tersebut didakwa akan menguruskan kira-kira RM30 bilion nilai aset yang kini di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor.
Sebuah portal berita kelmarin mendedahkan rekod terkini SSM menunjukkan kedua-dua saham bernilai RM1 DEIG itu didakwa dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi MBI Selangor, Soffan Affendi Aminuddin.
Menurut portal tersebut, pegangan saham itu dilihat bertentangan dengan struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang menunjukkan DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI Selangor.
Sementara itu, seorang kerani keselamatan di Menara Milenium pula memberitahu, dia tidak pernah mengetahui atau dimaklumkan bahawa wujudnya syarikat DEIG di tingkat tujuh, bangunan itu. (SUMBER)
DEIG ni macam syarikat hantulah ye? Wow SSM dah kena kencing dengan DEIG nampaknya.
ReplyDelete