Pages

Monday, August 31, 2015

PEKEBUN WARGA PAKISTAN PANCUNG LEHER DOKTOR SIKH DI BENTONG, PAHANG KERANA HINA KAABAH!!!!



Walaupun berita ini sudah 5 hari berlaku tetapi ia tetap signifikan dalam situasi Malaysia yang sangat mencabar kebelakangan ini. 

Si pendatang dari Pakistan, membunuh dengan cara memancung kepala seorang doktor berbangsa Sikh kerana menghina agamanya, wajar diberikan perhatian memandangkan keadaan ini amat jarang berlaku di Malaysia. Pembunuhan kerana penghinaan terhadap agama, masih lagi merupakan perkara taboo dan sentiasa cuba dielakkan oleh setiap rakyat Malaysia termasuklah mereka yang ska melakukan provokasi ke atas agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan dan anutan majoriti rakyat Malaysia.

Beritanya adalah di bawah:

Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa mengekalkan hukuman mati terhadap seorang tukang kebun warga Pakistan kerana memancung leher seorang doktor penjara yang didakwa menghina agamanya.

Panel lima anggota yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan akhir Shafaqat Ali Ghulam Nabi terhadap sabitan kesalahan dan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya.

Zulkefli berkata ia merupakan suatu pembunuhan kejam dan tidak sepadan dengan provokasi yang dilakukan mangsa, jika pun benar dia berbuat demikian.

Shafaqat, 33, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Harjit Singh a/l Bachan Singh, 51, di rumahnya di Kampung Sungai Padang Sertik, Bentong, Pahang pada 8.30 malam, 23 Ogos 2011.

Tertuduh mengemukakan rayuan mengenai hukuman itu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya.

Menurut fakta kes, mangsa dijumpai di hadapan rumahnya dengan kepalanya terputus daripada badan.

Shafaqat, yang bekerja di kebun tanaman pokok kemboja si mati, menggunakan parang sepanjang dua kaki untuk memancung leher doktor itu.

Dalam keterangannya, rakan warga Pakistan itu, Jamsheet Ali berkata pada malam kejadian, sebaik sahaja pulang ke rumah daripada bekerja, dia melihat Shafaqat dan doktor itu berbual-bual di luar rumah berkenaan.

Lelaki itu berkata dia bersama-sama mereka untuk minum teh sebelum Shafaqat menyuruhnya masuk ke dalam rumah.

Kata Jamsheet, 15 minit kemudian, Shafaqat datang menemuinya di dapur dan memberitahu yang dia telah memancung leher si mati.

Saksi itu berkata Shafaqat memberitahunya dia membunuh doktor berkenaan kerana tidak dapat menerima perbuatannya menghina Kaabah.

Shafaqat diwakili peguam Kitson Foong, manakala Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mewakili pihak pendakwa.
(MSTAR ONLINE)


4 comments:

  1. Semoga warga pakistan yg dihukum mati itu mati dalam husnulkhatimah kerana mempertahankan agama.

    Semoga kejadian yg menimpa doktor benggali itu juga menjadi pengajaran pada kaum kafir harbi(majoriti kafir di malaysia memang harbi)yg lain supaya jangan berani lagi cuba mencabar kesabaran umat Islam.

    ReplyDelete
  2. Kesabaran ada batasnye. Kembalikan ISA jika inginkaj keamanan.usah hiraukan segenlintit manusia yg memekak freedom kerna freedom negara hancur. Contohi singapura kekalkan ISA ramai rakyat myokongnye yg tidak ialah bakal penjenayah media sosial dn ahli politik yg pentingkan diri. Ayuh vote for ISA bring back ISA. Look at singapore to remain peace klau tk setuju please i can show d way out ...

    ReplyDelete
  3. tahniah warga pakistan….harap kerajaan dan kehakiman malaysia terima rayuaan beliau…

    ReplyDelete
  4. Tahniah warga pakistan kerana berkoban nyawa demi islam.

    ReplyDelete