Terlalu kurang ajar, malah cuba mengambil kesempatan untuk menghina Islam, itu adalah sikap yang seringkali ditunjukkan oleh puak-puak itu apabila mereka berada di pekarangan Masjid Negara dan Masjid Jamek sehinggakan gangguan ke atas solat jemaah di kedua-dua masjid itu pun dilakukan oleh puak-puak biadap itu.
Semalam, Archbishop Katholik Kuala Lumpur, Julian Leow mengumumkan, tiga gerejanya iaitu St. John's Cathedral, St. Anthony's Church dan Fatima Church yang berada di sekitar lokasi demonstrasi, akan dibuka kepada para peserta demonstrasi untuk berehat. (RUJUK SINI)
Elok sangat dah tu sebab dalam kesemua demonstrasi yang diadakan dan dianjurkan oleh DAP dan PKR di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, baik gereja mahupun tokong dan kuil, tidak ada yang mahu membukakan pintu buat mereka. Sebaliknya, Masjid Negara dan Masjid Jamek telah dipergunakan untuk tujuan jahat mereka. Malahan, sekiranya Masjid Jamek dan Masjid Negara tidak mahu memberikan kerjasama, akhirnya yang dihina dan diperlecehkan adalah Islam.
Sudah sampai masanya untuk DAP dan PKR mendapatkan kerjasama rumah-rumah ibadat selain Masjid Negara dan Masjid Jamek untuk melindungi para pengikut mereka yang berdemonstrasi di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
Dah memang elok sangat dah kerjasama yang ditunjukkan oleh Gereja-Gereja Katholik itu kerana walaupun Julian Leow cuba memujuk dengan menyatakan pembabitan gereja-gereja dalam demonstrasi ini bukanlah atas dasar parti, tetapi hakikat yang tidak dapat disembunyikan ialah, sudah terlalu banyak drama politik yang membabitkan gereja.
Kepada para peserta demonstrasi BERSIH 4.0, intai-intailah pintu gereja, kuil atau tokong di lokasi demonstrasi untuk berehat dan berlindung selepas penat menghuru-harakan Bandaraya Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos nanti.
Dengar-dengarnya, Gereja-Gereja Katholik yang disebutkan itu bukan sahaja akan memberikan layanan yang terbaik, malah mungkin akan memberikan sesuatu yang bersifat KESIHATAN ROHANIAH sebagaimana yang dikhutbahkan dan dimubalighkan!!!
bagus tuh perjuangan pembangkang . serampang 2 mata .kucar-kacirkan kuala lumpur , dalam masa yg sama , dapat sebarkan fahaman kristian pd bdk2 melayu hingusan yg jadi balaci , lembu & barua mereka. ya Allah , kalau demo mereka benar , perjuangan mereka benar , kau tunjukkan kpd kami kebenarannya. dan kalau perjuangan mereka batil , demo mereka bercanggah dengan syariat agamamu ,kau tunjukkan kekuasaanmu nanti , wahai tuhan seru sekalian alam.. aminn...
ReplyDeleteOk apa? Lan Si Najib nak 1Malaysia
ReplyDeleteApa jal Umno main issue ugama dan bangsa,??
Sebab Najib Bangsatttt