Pages

Monday, August 31, 2015

WANITA INI BERSENDIRIAN DI KELILING HARAMJADAH PENDEMONSTRAN BERSIH 4.0 TAPI DIA JAUH LEBIH BERANI BERBANDING JAMAL SEKINCHAN IKAN BAKAR!!!



Kakak ini tidak perlu membawa para pengikut berbaju merah, menghempuk kepala dengan bata atau memukul badan dengan kayu beluti rapuh.

Kakak ini tidak perlu berlagak menceceh mencari peluang dan publisiti untuk menunjukkan betapa dia bencikan BERSIH 4.0!!!

Dan kakak ini, walaupun bersendirian, dikelilingi oleh HARAMJADAH-HARAMJADAH yang berdemonstrasi BERSIH 4.0 di dalam gerabak LRT, mampu berhadapan dengan mereka, tanpa gentar, tanpa berwajah pucat, dan tidak perlu bercakap besar dengan dikelilingi oleh para pengikut yang bermuka lapar.

Siapa pun kakak ini, BLOG INI SECARA PERIBADI menyanjung keberanian dan ketegasannya. Dia jauh lebih berani berbanding para pemimpin UMNO yang setiap kali perhimpunan agung, akan menitiskan air mata dengan dendangan lagu ANAK KECIL MAIN API, atau yang terjerit-jerit terlalak-lalak sampai anak tekak dengan HIDUP MELAYU atau yang bersungguh-sungguh sampai nak tercabut gigi palsu dengan TEMBERANG PERTAHANKAN NAJIB SAMPAI KE TITISAN DARAH TERAKHIR.

Haramjadah-haramjadah yang kedengaran bersusah payah berbahasa kebangsaan, yang bercakap tentang Perlembagaan tetapi BUTA PERUT, BODOH BENGONG tentang Perlembagaan tentang kebebasan berhimpun mahupun Akta Perhimpunan Aman 2012 yang mereka sendiri sebut di dalam klip video tersebut, walaupun cuba mengejek dan menakut-nakutkan kakak tersebut, terutama sekali si perakam yang kedengaran berlidah India, sekadar berani kerana mereka ramai dan berasakan mereka sudah cukup kuat.

Ayat, 'majoriti rakyat' yang mereka sebut, seolah-olah memberitahu, merekalah majoriti di negara ini. Merekalah yang sekarang ini sudah menjadi penjajah dan tuan. Merekalah yang perlu disembah dan ditakuti. Malah tiada undang-undang di negara ini yang boleh dikuatkuasakan ke atas mereka, termasuklah para penguatkuasa undang-undang juga tidak boleh menyentuh atau mengambil tindakan ke atas mereka kerana mereka ADALAH DAP, BERBAJU KUNING DAN MENYOKONG BERSIH 4.0.

Kalaulah ada WALAUPUN cuma 10 ORANG KETUA BAHAGIAN UMNO yang sehebat kakak ini, sudah tentulah UMNO akan dipandang dan dihormati. Secara tidak langsung nama Melayu juga akan dihormati, memandangkan DAP sudah lama melabelkan Melayu yang menentang mereka sebagai UMNO. Sudah tentulah UMNO sudah boleh menggegarkan politik HARAMJADAH DAP yang mengumpan provokasi berdarah di negara ini pada hari ulangtahun kemerdekaan negara.

Kakak ini amat menonjol walaupun namanya tidak diketahui, latar belakangnya samar dan dia tidak mempunyai sebarang gelaran-gelaran pembesar kerana rata-rata para pemimpin UMNO tidak mampu menandingi keberaniannya walaupun sudah bergelar Menteri, dan walaupun sudah lama bergelar Ahli Parlimen.

SYABAS KEPADA KAKAK TIDAK BERNAMA!!!

Anda berani dan anda telah menunjukkan bahawa srikandi Melayu tidak perlu berbaju merah, tidak perlu berbaju kurung pink, dan tidak perlu menjerit HIDUP MELAYU di atas pentas. Anda telah membuktikan bahawa Melayu berani bila mata bertentang mata, bukan sekarang cakap bagai menggegar langit dan menggoncang bumi, tetapi bila kena tegur dek pihak berkuasa, terus meleleh seperti lilin panas!!!


3 comments:

  1. Sedih selain kakak.. Yg lain bacul..mana bomoh bila bangsa kamu di dayuskan...hebatt utk memusnahkan bangsa sendiri tapi kena jajah beratus tahun..dan kini akan dijajah kembali....

    ReplyDelete
  2. Ketika cina BERSIH 4 dengan sombong memperlekehkan arahan, UMNO masih genggam penumbuk sambil laung "Hidup UMNO". TShirt merah terlampau gentleman mcm PM balik tidur. PAS masih mengibar bendera besar atas lori hijau. Hinanya melayu dilakukan oleh budak2 cina. Aksi penyapu berulang lagi mirip Mei 13. Baju merah lesap selepas aksi hempuk kepala dengan atap genting. Cuba hempuk dengan bongkah granit.

    ReplyDelete
  3. DSN kena ingat hanya majoriti orang Melayu yang masih setia dibelakang BN
    Ini dibuktikan dengan kehadiran hanya 20-30 peratus dalam demo bersih semalam
    Dan DSN kena ingat kehadiran sehingga 80 bangsa Cina dan India semalam memberi petunjuk jelas BN tidak akan mendapat undi puak2 ni dalam PRU akan datang
    So utamakan bangsa ini dalam setiap program kerajaan
    Jangan sakiti kami dengan melebih lebihkan mereka yang mengkhianati BN
    Sejarah PRU yang lepas sepatutnya menjadi kayu ukur kepada DSN
    Walau BN melonggokan beratus juta ,mereka akan tetap macam tu juga...
    Apa yang mereka nak..adalah KUASA yang ada pada BN..

    ReplyDelete