Pages

Friday, August 14, 2015

WATAK YANG SAMA, CERITA YANG SAMA, TAPI DI TANGAN MALAYSIAKINI, LAIN MAKSUDNYA!!!



Baca dua cerita yang sama sekali berbeza maksud walaupun peristiwa dan wataknya sama:

SINAR ONLINE

Saman bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pengedaran dokumen laporan Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor selesai selepas menerima permohonan maaf bekas Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin selaku defendan membacakan permohonan maaf itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam M Gunalan sebentar tadi.

Khalid turut membacakan kenyataan penerimaan plaintif yang menerima permohonan yang dibuat Saifuddin.

Khalid memfailkan saman itu terhadap Saifuddin berdasarkan kapasiti peribadi dan jawatan Setiausaha Agong PKR.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen laporan Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnahnya.

Dokumen itu didakwa dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan penyelesaian hutang Bank Islam.

Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Pengarah Pilihan Raya PKR itu.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 8.50 pagi diiringi pegawai penjara untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi kes tersebut yang telah ditetapkan untuk perbicaraan bermula hari ini.

Turut hadir, keluarga Anwar, Naib Presiden, Tian Chua, Rafizi Ramli, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifi Ahmad dan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi.


Saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.

Kes itu diketepikan selepas kedua-dua pihak berbincang selama dua jam dan saling bermohon maaf.

Perbincangan tertutup bermula kira-kira jam 9 pagi antara Abdul Khalid selaku plainatif, Saifuddin sebagai defenden dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai saksi untuk kes itu.

Turut hadir veteran DAP Lim Kit Siang, ahli keluarga Anwar dan penyokong.

Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen "Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor" bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Pada 21 September 2014 lalu, Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatannya sebagai menteri besar selepas Selangor melalui kemelut politik panjang.

2 comments:

  1. Dah print screen tu gi la buat repot polis. Kalo setakat tulis dlm blog camni jap2 lg dorang btulkan blk artikel tu, so dorang terlepas la drp 'inaccurate report'. Sbb tu la dorang asyik menang je for media sbb one of the point dorang selalu mendahului mane2 press media sbb kononnya dorang kurang dpt polis report regarding dorang punye artikel2. Cuba kalau Utusan yg buat artikel camni, berduyun2 polis report dorang buat kan. Kene pro-aktif sket la wahai blogger pro-establishment oii. Makin menjadi2 naik kepale dah dorang skang ni..

    ReplyDelete
  2. Aku sokong.
    Sebarang kesilapan mkini.. Patut repot polis atau pihak berkuasa yg berkenaan.. Saman dan saman lagi..
    MALAYSIAKINI LUBOK FITNAH terhebat di dunia..

    ReplyDelete