Pages

Thursday, August 13, 2015

ZETI AKHTAR ANCAM AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS PIHAK YANG FITNAH KELUARGA DAN DIRINYA!!!



Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebar fitnah terhadap dirinya dam keluarga.

Beliau menegaskan, dakwaan pihak-pihak tertentu mengaitkan dirinya melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen sebagai tuduhan tidak berasas dan tidak benar.

“Tidak ada kebenaran tuduhan yang dilemparkan terhadap saya secara peribadi dan Bank Negara. Kami akan berusaha mengenalpasti pihak yang membuat tuduhan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar pada Khamis.

Bagaimanapun, Zeti memberitahu berdasarkan siasatan, Bank Negara menemui beberapa petunjuk yang boleh mengetahui tujuan pihak terbabit melakukan perkara demikian.

“Kita tahu siapa yang melakukan perkara tersebut dan pada masa ini kita belum mengenalpasti nama sebenar pelakunya,” ujarnya.

Baru-baru ini, sebuah blog tanpa nama telah menuduh Zeti dan beberapa individu terkemuka termasuk Timbalan Ketua Pesuruhjaya operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed serta Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusof telah melakukan aktiviti yang telah menjejaskan demokrasi berparlimen.

Perkara itu dipercayai ada hubungkaitnya dengan kontroversi membabitkan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Zeti, tujuh pegawainya telah disiasat oleh polis berhubung 1MDB.

“Saya tidak tahu sama ada saya akan dipanggil untuk diambil keterangan kerana baru pulang dari Amerika Syarikat.

“Kita di Bank Negara akan sentiasa memberi kerja sama kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang,” ujar beliau. - (SUMBER


No comments:

Post a Comment