Nurulhidayah Ahmad Zahid mempertahankan catatan terdahulunya menerusi laman Facebook serta beberapa gambar menerusi akaun Instagramnya yang mencemuh penyokong perhimpunan Bersih baru-baru ini.
Pada Selasa, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu berkata, jika dia seorang sombong atau bongkak tentunya tidak akan terbuka untuk bersahabat dengan seseorang yang tidak dikenali.
"Saya bukan Ahli Parlimen atau wakil rakyat di kawasan anda. Saya warganegara Malaysia yang juga mempunyai hak bersuara.
"Saya tidak menyentuh isu rasis atau bangsa. Saya cuma mempertikaikan kewarasan segelintir anda yang tidur di jalanan kononnya untuk menyatakan kebenaran," katanya berkongsi teks menerusi akaun @nurulzahid.
Askar Wataniah berpangkat Lt Muda ini berkata, dia juga pernah menyatakan pandangannya mengenai insiden yang berlaku di Plaza Low Yat pada Julai lalu.
"Pandangan saya disalaherti, apabila saya katakan Bersih sebagai perbuatan sia-sia atau bodoh. Saya diserang secara peribadi.
"Saya tidak akan berdiam dan akan terus berkata-kata. Siapa saya dimata anda?
Nuruhidayah juga berdoa Tuhan akan terus melindungi rakyat negara ini dan mengekalkan keamanan di Malaysia.
Menerusi catatannya sejam kemudian, beliau mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataannya.
"Saya bertanggungjawab supaya tidak ada antara kita yang akan dimanipulasi, walaupun kerajaan atau pembangkang, semua perlu berubah," kata Nurulhidayah.
Beliau juga menegaskan tidak ada sesiapa yang dibayar untuk berkomunikasi dengannya menerusi laman media sosial dan pandangannya adalah "suara hati antara 30 juta rakyat Malaysia".
"Saya maafkan anda yang menghina seluruh keturunan saya. Saya pohon pada Tuhan agar anda, seluruh keluarga dan keturunan anda dilindungi dan terlindung daripada fitnah," katanya.
Baginya, hidup mesti diteruskan.
"Saya perlu terus bekerja. Saya perlu berada bersama segelintir anda yang memahami erti perjuangan sebenar," katanya. (MSTAR ONLINE)
Go girl GO....we need you. Most Malays today are LEMBIK, tak ada TELOR yang lelaki dah jadi JANTAN tak bermaya....
ReplyDeleteAhaiii
ReplyDeleteKau lupa Nurul....waktu datuk nenek kau nak dapatkan kemerdekaan mereka sanggup berhabis wang ringgit, mengumpul wang belanja buat Tunku ke London
Mereka juga sanggup berhujan berpanas lagi bermandi embun di Dataran Pahlawan utk nyatakan sokongan kpd Tunku...bayangkan kemudahan ketika itu.
Sekarang kau bermandi kemewahan dan kesejukkan hawa dingin membuat kau lupa di mana bumi dipijak
Rakyat bukan mahu guling kerajaan, rakyat hanya mahu Najib letak jawatan!!!!
..
org skrg nk tombangkan najib sbb ape? speSis pmls mmg bodoh dan pttlah mrrmpat
DeleteShe better than nurul izzah. Papa China doll pun boleh support... Papa dia liwat pun boleh tutup mata..
ReplyDelete