Pages

Wednesday, September 2, 2015

HARGA MINYAK TURUN, HARGA BARANG PUN KENA TURUN, KATA MENTERI KPDNKK... LEBIH BAIK TUTUP MULUT KALAU MAMPU MENGUATKUASAKAN APA YANG DIKATAKAN!!!



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi tempoh seminggu mulai hari ini kepada peniaga yang masih mengaut keuntu­ngan berlebihan agar menurunkan harga barang ekoran penurunan harga minyak hari ini.

Menterinya, Datuk Hamzah Zainudin berkata, tiada alasan bagi peniaga mengenakan harga barang yang melampau biarpun harga pe­t­­rol telah turun 10 sen, manakala diesel pula turun 15 sen mulai hari ini.

Katanya, KPDNKK akan me­ngarahkan penguatkuasanya di seluruh negara memantau serta mengambil tindakan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap peniaga yang melanggar akta tersebut.

“Kita bagi tempoh seminggu mulai dari tarikh harga minyak turun hari ini supaya tiada harga barang yang terlalu tinggi dikenakan. Selepas itu, kita akan turun padang dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang ingkar peraturan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Auditorium Ang­katan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di Kelana Jaya dekat sini selepas maj­lis ramah mesra bersama warga Ang­kasa sempena Sambutan Kemerdekaan #sehatisejiwa.

Yang turut hadir antaranya ialah Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ke­tua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad dan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Hamzah menegaskan, sepatutnya golongan peniaga bekerjasama dengan KPDNKK dalam usaha meringankan kos sara hidup rakyat ekoran penurunan harga minyak dan bukannya menggunakan kesempatan atas sentimen minyak.

“Sewaktu harga minyak naik mereka (golongan peniaga) menggunakan alasan itu untuk menaik­kan harga barang tetapi apabila harga minyak turun masih ada yang cuba menaikkan harga barang. Ini satu tindakan yang melam­pau,” ujarnya.

Hari ini, harga minyak runcit petrol RON95 turun 10 sen kepada RM1.95 seliter, RON97 turun 10 sen kepada RM2.35, manakala harga runcit diesel pula turun 15 sen kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, dalam majlis tersebut beliau turut menggesa agar Angkasa dan koperasi lain bekerjasama dalam usaha menggerakkan ekonomi domestik me­lalui rangkaian ahli-ahlinya di seluruh negara. (UTUSAN ONLINE)


2 comments:

  1. KPDNKK nie lebih banyak sibukkan hal koperasi , Angkasa dari jaga kebajikan rakyat dalam hal pemantauan harga barang & penguatkuasaaan undang2 berkenaan harga barangan . Adalah baik , rombak saja kementerian ini. sebabnya dah ternyata selama ini sejak zaman hassan malik , KPDNKK hany jenis pandai bercakap shj. tindakan langsung tidak memuaskan hati rakyat. peniaga terutama peniaga cina berterusan menganiaya pembeli , khasnya dikalangan org melayu. kita rakyat perlukan kementerian yg betul2 berdedikasi dalam menjalan tugas dan amanah yg diberikan. bukan yg jenis pandai cakap tak serupa bikin !!

    ReplyDelete
  2. kalau cakap saja sedap pun tarak guan jugak mana taring
    gunakan secekap mungkin untuk saman peniaga yang degil
    jangan rakyat duk tekebil kebil bila tengok resit bayaran
    setiap kali buat belian
    apa yang turun gakji depa duk naik jugak
    pru14 kasi tukar ni bn

    ReplyDelete