Beberapa tindakan provokasi dan mencetuskan rusuhan turut dilaporkan tetapi para peserta sendiri yang 'mengamankan' keadaan dengan menghalau peserta-peserta provokasi tersebut sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Berikut adalah penjelasan daripada Cikgu Zaidi:
Suasana jalan lengang tanpa kenderaan di kawal sepenuhnya. Perjalanan saya bersama 15 orang Jawatan Kuasa saya di rakam secara terang-terangan oleh anggota2 bertugas.
Kehadiran trak FRU dan Polis yang di parkir sepanjang jalan serta pagar yang di pasang seolah menunjukkan anggota keselamatan kita begitu bersedia mengawal sebarang kemungkinan.
Jam 1 tengahari kumpulan dari Jalan Conlay mula bergerak ke Padang Merbuk
Di sebabkan semangat yang membara kumpulan ini memilih untuk membelok ke kiri walaupun di arah anggota bertugas untuk ke arah kanan, Jalan ke Istana Hotel menuju ke Padang Merbuk.
Sampai di hadapan Pavilion menuju ke Jalan Bukit Bintang kami telah di halang dengan bentengan kemas 3 lapis anggota FRU Bentengan ketiga siap bersenjata lengkap !!
Beberapa rakan NGO termasuk Sdr Armand Exco Pemuda Umno Malaysia, Dato Megat Omar Din dan saya telah berbincang cara lembut meminta kebenaran kami melalui jalan yang agak signifikan dengan matlamat Himpunan Merah ini
Beberapa pegawai kanan polis dengan amat berhemah juga meminta kami untuk berpatah balik secara baik mengikut laluan yang telah di persetujui awal oleh pihak penganjur dan PDRM.
Kedatangan OCPD Kuala Lumpur dengan bahasa dan riak wajah yang amat di senangi memudahkan lagi proses rundingan. Walaupun ada ketikanya beberapa sahabat NGO mula meninggikan suara akibat cuaca panas dan tolakkan dari belakang oleh peserta2 himpunan yang semakin sukar di kawal.
Saya tidak tahu pihak mana yang Tuan OCPD hubungi beberapa kali dan akhirnya beliau meminta 10 minit untuk melepaskan kumpulan ini masuk ke 'laluan impian'
Keputusan ini di sambut tepukan gemuruh oleh peserta Himpunan sambil melaungkan Hidup Melayu!
Selepas 10 minit Tuan OCPD memohon lagi 10 minit dan pada ketika inilah timbul sedikit aksi tolak menolak antara peserta himpunan dan anggota FRU sehingga saya terpaksa menjerit memohon kerjasama demi kebaikan nama penganjur . Rakan2 NGO dan Sdr Armand memainkan peranan mengawal peserta dengan amat baik sekali.
Bimbang keadaan semakin tidak terkawal saya memohon Tuan OCPD untuk memberi kebenaran segera kami bergerak masuk. Ketika ini lah beliau menjelaskan kepada saya dan rakan2 bahawa beliau perlu mempersiapkan semua anggota di segenap tempat yang ingin kami lalui agar tidak ada sabotaj dan provokasi yang akan menghancurkan imej Melayu. Tanggungjawab beliau untuk memastikan kami semua selamat melalui jalan ini. Beliau mohon masa untuk pastikan segala bangunan di kiri kanan laluan yang tidak ada dalam senarai ini selamat kepada kami !!
Saat ini saya terfikir sekiranya pegawai tertinggi ini bukan orang Melayu apakah keputusan seadil ini akan berlaku ? Atau mungkin saya dan sahabat2 sudah di bawa naik trak FRU atau di belasah dengan belantan kerana tidak mengikut laluan yang di benarkan.
Akhirnya kami di benarkan dengan cukup baik dan kami juga berjanji mengawal para peserta agar tidak melakukan sesuatu yang pelik sepanjang berada di laluan Bukit Bintang
Akhirnya saya berada di atas pentas dan melihat lautan merah menyala dan betapa kagum dan bangganya saya menjadi Melayu kerana Melayu itu begitu baik , Melayu itu begitu pekerti , Melayu itu begitu tertib dan sopan sehingga tidak berlaku sedikit pun perkara2 kurang baik sepanjang laluan dan himpunan berlangsung.
Saya melihat sekeliling pentas dan mengingati kembali sepanjang laluan yang di lalui - yang berhimpun ini Melayu yang menjaga keselamatan nya Melayu, yang berucap semua Melayu ... Melayu seolah boleh buat apa saja semalam namun Melayu tetap Melayu hormat nya sangat tinggi dan barang di ingat amuk nya juga sukar di kawal
Akhirnya Melayu Jua Yang Akan Menjaga Tanah Airku Ini
Selamat Hari Malaysia
Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said
Teramat ruginya saya kerana kurang sihat kerana penat bekerja seharian siang dan malam selasa. Ruginya tidak dapat menyertai pejuang2 Melayu yg waras, berhemah dan bersemangat tinggi. Tahniah Cikgu Zaidi dan rakan2 Ngo yg lain dalam meneruskan halatuju mengikut landasan undang2 dalam mengimarahkan Maruah Melayu. Tahniah The Saviour atas artikel terbaik ini. Alhamdulilah tugas wira2 Melayu telah dilaksanakan dengan lancar dan mencapai matlamatnya.
ReplyDeleteDoa anda sgt d hargai. Semoga melayu tidak nyeyak tidor selepas ini dan sikap berwaspada sepjg masa terhadap bangsa asing dan melayu harbi.
DeleteAlhamdullilah.. Perhimpunan ini sangat berjaya dengan pejalanan yang cukup baik. Tahniah kepada Cikgu Zaidi diatas kelancaran pimpinannya sepanjang perhimpunan ini berlangsung dan kami di Permatang Pauh cukup berbangga dengan anda.
ReplyDeleteTahniah semua peserta berbaju merah 169. Sabar orang melayu ada hadnya. Jangan jolok sarang tebuan.
ReplyDeleteAlhamdulillah saya yg tidak dapat hadir juga sgt terharu dan memberikan sokongan penuh kepada himpunan aman ini.
ReplyDeleteCuma agak jelik kenapa semasa himpunan BERSHITy Polis tidak langsung bernai gunakan FRU dan water cannon utk peserta BERSHIT yg sgt kurang ajar dan melanggar praturan?
Tetapi bukanmain di pelihara ketuanan cina di Petaling Steet yg umun sudah tahu itu lorong penuh dgn kotoran bahan lucah, barang seludup, tiruan, gangster2 cina... Polis juga mcm Tun Mahathir tk boleh tgk Melayu?
Jawapan paling asas.. Bershit bawa kanak-kanak.. kalau tercedera atau luka terjatuh nanti satu dunia polis Malaysia kena kutuk. Perhimpunan Aman Merah semalam dah ikut peraturan oleh itu mudah FRU menjalankan tugas.
Deletewassalam. Syukor lah perhimpunan berjalan dongan baik tak saperti Bershit 4.0 Syabas Melayu malang nyo eden dah berumor kalo tak mosti ado bersamo saudara saudar eden yang bersemangat. Tanah Melayu untuk Melayu-tak kan Melayu hilang didunio. Kalo bolih kito lakukan apo saja yang dilakukan olih Bershit tu.
ReplyDelete