Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkannya semakin menjengkelkan kerana orientasi serta kecenderungan Lim Kit Siang dari semenjak dia bergelar Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew dahulu, bukanlah sesuatu yang rahsia. Lim Kit Siang tidak pernah menyembunyikan kebenciannya kepada Perlembagaan Malaysia yang menjadikan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sehingga isu itu pernah digunakan secara meluas untuk mengumpulkan kekuatan Cina pada PRU-3 dan seterusnya dari situlah tercetusnya Tragedi Berdarah 13 Mei 1969.
Lim Kit Siang mengetuai angkatan Cina termasuklah sebahagian pemimpin dari MCA untuk menghentam Himpunan Baju Merah yang dilabelkan sebagai RASIS. Sebaliknya amat memuji-muja BERSIH 4.0 walaupun sangat jelas, di dalam Himpunan Baju Merah yang dihentam hanyalah sikap chauvinist DAP yang tidak henti-henti mencabar Perlembagaan Persekutuan, manakala BERSIH 4.0 pula, hayunan penyapu, upacara mengkebumikan kerajaan Melayu dan jenazah para pemimpin Melayu selain melaung-laungkan kebebasan segala-galanya yang bertentangan dengan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, boleh dilihat dan telah dirakamkan.
Kesukaran menerima hakikat Perlembagaan Persekutuan khususnya yang membabitkan Artikel 152 dan Artikel 153 itulah yang sepatutnya dipanggil RASIS. Bukannya mempertahankan dan memelihara Perlembagaan Persekutuan dilabelkan RASIS dan provokatif serta membahayakan keselamatan negara sepertimana yang sedang dilakukan oleh Lim Kit Siang dan angkatan Cina-DAPnya.
Orang seperti Huan Chen Guan, Auntie May dan sebagainya menerima kecaman selain ugutan dan gangguan yang tidak henti-henti dalam pelbagai bentuk oleh para penyokong DAP. Salah seorang daripada mereka yang paling teruk diganggu adalah Chong Choon Hau yang tidak sembunyi-sembunyi menunjukkan solidaritinya dengan Himpunan Baju Merah, malah menyertai Baju Merah untuk melakukan tentangan kepada provokasi yang ditunjukkan oleh Baju Kuning sebelumnya.
Saya menyokong apa yang betul dan baik untuk negara ini. Saya tidak peduli sama ada kamu adalah kuning, merah atau ungu.
Saya tidak menyokong Kuning kerana mereka menyebabkan ketidakstabilan politik. Bagaimana mulia dan perbuatan baik yang mereka dakwa, bagi saya tindakan mereka akan menyebabkan kehilangan kehidupan dan ketidakstabilan dimana ianya SALAH.
Buat pengetahun anda, saya tidak menyokong Melayu, saya suka Melayu. Semua adalah sama di sisi Tuhan.
Sebagai pelajar lepasan SJKC, tentulah saya sokong SJKC dan perlunya wujud SK, SJKC & SJKT di negara kita. Ini adalah kerana ia merupakan keunikan masyarakat majmuk negara Malaysia! Kepada pencetus utama serangan terhadap saya, sila fahami dengan jelas. Jangan menyusahkan orang yg tak berdosa demi kepentingan diri sendiri dan mencapai agenda tersembunyi.
Terima kasih kepada pemberita china press yg sudi mewawancara saya dan menyiarkan berita ni <china press edition 22 sept 2015> sudi bacalah dan sebarkanlah kepada semua orang. Sekian, terima kasih. (RUJUK SINI)
Persoalannya sekarang, mengapa pula Lim Kit Siang, DAP mahupun Pemuda MCA Pasir Gudang tidak mengecam perbuatan ini? Mengapa mereka mendiamkan diri?
Atau adakah kerana merestui tindakan mengancam kumpulan yang bercanggah pendapat dengan mereka, sebagai sesuatu yang lazim dan wajar dilakukan?
No comments:
Post a Comment