Pages

Wednesday, September 2, 2015

KETUA HAKIM SYARIAH KELANTAN KATA GUGUR TALAK TIGA KERANA TAKLIQ, HATTA RAMLI KATA, TAK GUGUR DAN ITU MASALAH RUMAHTANGGANYA!!!



Nampaknya, isu takliq pula menjadi satu isu yang bakal diperdebatkan dalam urusan fiqh di Malaysia ekoran kenyataan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad yang perkahwinan Hatta Ramli dengan isterinya, bubar dengan talak tiga, kesan daripada takliq yang diucapkannya ketika menjadi calon PAS untuk pilihanraya. (BACA DI SINI)

Hatta Ramli bagaimanapun menafikan talak tiga telah jatuh secara automatik ke atasnya dan isteri, sekaligus mengharamkan hubungan mereka serta menyebabkan mereka perlu tinggal secara berasingan. (BACA DI SINI)

TAKLIQ TALAK TIGA telah lama diperkatakan sebagai satu bentuk baiah agar calon-calon PAS yang bertanding dalam sebarang pilihanraya, tidak melompat parti atau mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan PAS.

Walaupun terdapat banyak pihak dari dalam PAS sendiri yang mengakui kewujudan baiah talak tiga yang perlu dijalani oleh setiap orang calon, namun, beberapa pihak terutama sekali mereka yang baiah utama mereka adalah kepada Pakatan Rakyat dan DAP, cuba menafikannya sama ada secara berdiam diri atau menyatakan ia tidak wujud.

Dalam Islam, takliq adalah terpakai sebagai hukum sama ada ia adalah satu bentuk taqiyyah mahupun secara luar sedar. Apatah lagi yang membabitkan talak.

Kenyataan Hatta Ramli yang cuba memutarbelitkan isu tersebut dan cuba menjadikannya sebagai satu isu politik PAS vs GHB sebenarnya lebih kepada MENJALANGKAN DIRI dan MELACURKAN HUKUM HAKAM agama demi kepentingan puak yang menjadi dalang di belakangnya.

Itulah sebabnya ada kenyataan bahawa perkara yang halal tetapi menjadi kebencian Allah Taala adalah TALAQ. Walaupun dikatakan bahawa ia adalah hadis Nabi s.a.w tetapi ulama-ulama hadis setelah mentahkikkan status hadis tersebut, mendapati ia adalah maushul (yakni tersambung sanadnya hingga kepada sumber pertama ”pencetus” matan, iaitu Nabi s.a.w) dan mursal (sanadnya terputus di tingkatan perawi dari kalangan sahabat Nabi, dan langsung meloncat kepada Nabi s.a.w sebagai sumber pertama ”pencetus” matan)

Berikut pula adalah keputusan Majlis Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berhubung hukum takliq.

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Dis 2009 telah membincangkan hukum penceraian akibat pelanggaran taklik. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:

1) Bahawa lafaz taklik talak yang dilakukan oleh suami tetapi berlaku perceraian antara mereka (suami isteri) melalui lafaz suami atau melalui fasakh atau tebus talak sebelum berlaku perkara yang ditaklikkan, ia terbahagi kepada dua keadaan:

i) Sekiranya perceraian tersebut ialah perceraian Bain Kubra dan Bain Sughra, yang bukan perceraian pelanggaran taklik, lafaz taklik yang dilakukan suami tidak lagi aktif apabila mereka bernikah semula.

ii) Sekiranya perceraian tersebut ialah perceraian Raj’ie, lafaz taklik talak yang dilakukan suami masih lagi aktif apabila mereka rujuk semula dalam tempoh iddah.

2) Apabila telah berlaku pelanggaran lafaz taklik yang dibuat oleh suami, maka perceraian antara mereka (suami isteri) telah berlaku. Sekiranya mereka kembali semula sebagai suami isteri, maka kedudukan lafaz taklik itu adalah seperti berikut:

i) Sekiranya perceraian yang berlaku itu adalah perceraian Raj’ie dan pasangan tersebut bernikah semula dengan akad baru selepas tamat iddah, maka lafaz taklik itu tidak lagi aktif.

ii) Sekiranya perceraian yang berlaku itu adalah perceraian raj’ie dan pasangan tersebut rujuk semula sebelum tamat iddah. Dalam keadaan ini, mesyuarat membuat keputusan supaya perkara ini di serahkan kepada kebijaksanaan pihak mahkamah untuk membuat keputusan
. (RUJUK SINI)

Sekarang, kita boleh tengok sama ada puak-puak GHB yang sangat menyanjungi DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng akan menggunapakai hukum agama, atau hukum logik yang akan diwujudkan hasil daripada ijtima' dan ijtihad ketua-ketua mereka yang sanggup menyelewengkan apa-apa sahaja hukum agama demi kepentingan politik Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng. 


CUCU TOK WAN




9 comments:

  1. Saya harap Berita Harian tersalah lapor. Dari laporan seolah-olah inya sudah SAH wal hal bicara pengesahannya pun belum.

    Saya bukan nak membela puak-puak bahlul ni tetapi saya hendak membela Institusi Kehakiman Syariah supaya di pandang tinggi.

    Pertamanya Hanya Pihak Mahkamah sahaja boleh menghukum sah atau tidak. Pendapat perseorangan seperti para Uztaz, Tok Guru mana-mana ulama sekali pun tak ada nilai sesen pun dalam hal ini. Hanya Mahkamah sahaja boleh mengatakan sah atau tidak. Pihak Mahkamah hendaklah memanggil dahulu Dr. Hatta siasat bicara dan selainnya sebelum membuat pengesahan jatuh talak atau tidak .

    Keduanya Kalau benar laporan tersebut maka Ketua Hakim harap fikir baik-baik dan tarik semula kenyatan. Jika tidak ianya mengesahkan Tuan Ketua Hakim tak layak menjadi Hakim kerana menghukum dahulu dan melanggar etika kehakiman malahan juga etika Islam seadanya. Tuan bercakap BUKAN SEWAKTU TUAN BERSIDANG. Tuan bercakap dalam interview dan mkenjatuhkan hukum dalam interview juga. Sebagai Tuan Hakim yang Arif Tuan sudah tentu maklum bahawa apa yang Tuan cakap di interview tidak sah dan menyalahi etika.

    Perlu di ingatkan Tuan bercakap sebagai Ketua Hakim Mahkamah Syariah. Apa yang di katakan mempunyai merit dan di ambil berat walau pun tidak bersidang. TUAN BUKAN MAT SABU yang cakapnya kosong berbunyi woooooooooooo huuu huuuu huiiii. Cakap TUAN ada merit. Buatnya jika bicara esok dan di dapati si bahalul ni tak sah baiahnya bagaimana Tuan Hakim?

    Ada dua benda yang perlu di siasat iaitu pertama jatuh atau tidak talak. Keduanya status baiah tersebut.Banyak faktor yang boleh menjejaskan baiah ini seperti

    1) IANYA DI LAKUKAN ANTARA PADA ARTIFICIAL ENTITY (BADAN BUKAN SEMULA JADI SPT PARTI POLITIK, SYARIKAT, YAYASAN LEMBAGA KELAB KOMPANG KAMPUNG SUNGAI ARA, PERSATUAN TUKANG URUT KAUM HAKKA ETC) DAN A NATURAL PERSON/ORANG SEMULA JADI. Di lakukan antara Hatta (manusia semulajadi) dan PAS (Artificial Entity)

    Adakah sah kah baiah seperti ini? Zaman dahulu baiah dengan Khalifah- (Semula jadi) dengan Ketua Kampung, dengan Sultan (Semula jadi). Tidak pernah saya dengar ada baiah artificial Entity sebab Islam tak ada konsep artificial entity ini. Jika baiah ini tidak sah maka adakah jatuh juga talak?

    2) Persoalan peribadi yang perlu di jawap seperti kot-kot DR Hatta ni ada BINI lain yang kahwin senyap-senyap. Yang declare contohnya seorang walhal ada 3 orang lagi bini di Rohingya Vietnam dan Timur Leste?. Perintah berasingan kat seorang Bini je. Heppy je Hatta ke rumah no 2 dan sebagainya.

    Bicara dan sisat la dahulu BARU LA CAKAP. Betul tak Tuan Hakim?

    Tuan sepatutnya berdiam diri walaupun di tanya oleh wartawan. Ini kerana boleh menimbulkan keadaaan prejudice pada kes jika di bicara esok.. Awal-awal dah hukum walhal BICARA PUN BELUM.

    Kalau Dr Hatta enggan hadir warran tangkap sahaja. Buat perintah duduk berasingan sehingga bicara selesai. Dr Hatta (dan juga isteri) juga berhak membela dirinya. Tolonglah Tuan Hakim bertindaklah sebagai Hakim bukan ikut perasaan.


    P/S Minta maaf leeee kalau Berita Harian sebenarnya salah lapor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha...panjang komen Lebai Terjun ni...apa pon jangan berpihak dlm menilai..kecuali terhadap kebenaran sahaja

      Delete
  2. Alahai ....
    Aa nak d herankan...
    Puak2 hatamjadahbabisial ni kalau sblm dpt jawatan apa sumpah pun sanggup dah dpt jawatan kemudian tukar haluan semua sumpah x pakai...
    Puak anakharambabisial mo jenis manusia jelmaan babi..
    Apalg kalau Dapigs laknatullah tuan mrk sekarang...
    Lg pun parti PAS mmg ramai munafik dlmnya.
    Yang khinxir lg ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment makes sense...belum dapat ok..dah dapat tak ok...inilah jenis2 Munafiqun akhir zaman

      Delete
    2. Alasan nya sama macam najib cakap RM2.6 billion tu bukan masalah rakyat. Dia dapat dari mana dan nak buat apa itu hak dia.

      Delete
  3. Tk sabar2 nak keluar PAS apasal? Napa tak tunggu habis term. Sendiri mau ingt la apa yg ko dah sign.

    ReplyDelete
  4. KALAU MEMANG BETUL BA'IAH TU....MACAM HIDUP BERZINA LA KORANG.

    ReplyDelete
  5. Kalau tdk sah kenapa prlu kafarah. Disegi hukum, Talaq x bole buat main krna main2pun jatuh juga. Buknkah begitu? Apatahlagi kalau dengan sengaja.

    ReplyDelete
  6. Puak puak lebai bahlol.. Mengaji tak habis menyesal lah ter.. Kui kui kui

    ReplyDelete