Transkrip pengakuan Xavier Justo yang di dalamnya turut melibatkan nama Nurul Izzah, mula mendapat perhatian daripada peguamnya, Latheefa Koya yang juga merupakan antara pemimpin PKR dan Lawyers for Liberty yang menghalalkan apa-apa sahaja yang boleh menentang Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia, termasuklah membela LGBT.
Menurut Latheefa Koya, polis telah mencari Nurul Izzah berhubung dakwaan yang dia terlibat dalam usaha pembelian data-data curi bagi menghancurkan imej Najib Abdul Razak. Bagaimanapun, Nurul Izzah tidak berada di Malaysia kerana dia masih melancong di Amerika Syarikat dengan alasan untuk mendapatkan bantuan dan sokongan bagi PAPA JAHATnya yang dilaporkan sedang SAKIT BAHU PARAH.
Nurul Izzah akan disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.
"Polis mencarinya semalam (Selasa) tetapi dia tiada. Nurul akan balik pada hari Isnin hadapan." (RUJUK SINI)
Nurul Izzah
Bagaimanapun, Nurul Izzah menafikan pembabitannya dan turut menafikan dia pernah bertemu dengan Justo.
Para peguamnya telah membuat prosiding undang-undang ke atas dua akhbar harian iaitu The News Straits Times dan Berita Harian kerana menyiarkan artikel yang memperincikan tentang rundingan antara Justo dengan Nurul Izzah.
Nurul Izzah dan para peguamnya mendakwa, laporan tersebut adalah cubaan terdesak media yang dikawal oleh Barisan Nasional untuk mengalihkan perhatian daripada isu utama iaitu skandal hutang RM42 bilion 1MDB yang sibuk diperkatakan sekarang.
Allah menurunkan bala bagi orang2 yang munafik.
ReplyDeleteTempiasnya kena orang awam
ReplyDelete