Blog ini tidak dibenarkan mengulas tentang mesej yang sedang heboh tersebar menerusi WhatsApp dan diperkatakan, membabitkan peranan dan campurtangan bekas Peguam Negara, Abdul Ghani Patail dan seorang Hakim Mahkamah Agung yang kemudiannya dikatakan telah dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan atas pengaruh Abdul Ghani Patail kerana ia mempunyai natijah dan kesan kerana mengganggu perbicaraan selain boleh dituduh menghina mahkamah.
Bagaimanapun, ada sesuatu yang menarik dari perbicaraan kes tersebut yang boleh pula dibuat perbandingan dengan satu lagi kes yang jauh lebih besar serta memberi kesan lebih teruk kepada rakyat.
Kes tersebut membabitkan tindakan Lim Guan Eng menjual tanah kerajaan di Bayan Mutiara dengan harga lebih rendah dari harga pasaran kepada Ivory Properties. Berita tentang penjualan tanah kerajaan dengan harga rendah tersebut, telah menyebabkan saham-saham Ivory Properties melonjak harganya. (RUJUK DI SINI) dan (DI SINI)
Dalam hal penjualan tanah kerajaan pada harga lebih rendah dari harga pasaran itu, tiadakah habuan yang diterima oleh pihak-pihak tertentu berdasarkan 'rundingan' dan dasar tolak ansur yang ketara itu kerana dalam apa-apa perniagaan sekalipun, keuntungan maksima adalah motif utamanya, apatah lagi ianya melibatkan tanah kerajaan? Dan kerana asas itulah juga, Khir Toyo didakwa dan kini dalam proses perundangan di Mahkamah Persekutuan.
Kedua-dua kes berlaku dalam tempoh perkhidmatan bekas Peguam Negara. Malah turut diuruskan oleh SPRM yang sama. Tetapi hanya kes membabitkan Khir Toyo sahaja yang dikenakan tindakan, manakala kes-kes yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadiran DAP, lepas bebas pula?
Apakah undang-undang 'MEMBELI HARTANAH DI BAWAH HARGA PASARAN' hanya tertakluk kepada individu dari UMNO semata-mata?
Maka tidak hairanlah mengapa dalam banyak kes undang-undang melibatkan Lim Guan Eng dan DAP, kemenangan sentiasa berpihak kepada mereka....
rasuah ada di mana mana, mana individu yang bersabitan, dan beragama islam, taubat lh. nanti berulat perut tu
ReplyDeleteGani setahil adalah pensimpati DAP....sbb itulah kes pulau batu putih disabotajnya supaya tewas, tian chua tidak didakwa dlm kes pencerobohan sabah, kes rasuah di selangor dgn penang semua tidak dilayan...
ReplyDeleteMahkamah Malaysia memang korup. Hampir semua hakim mahkamah tinggi makan rasuah. Sapa yang rasuah hakim dengan duit yang banyak pasti menang. Kalau khir toyo bagi duit kat hakim2 tu dia pasti menang. Sebab tu mahkamah Malaysia ni paria di mata dunia dan rakyat
ReplyDelete