Pages

Sunday, September 27, 2015

PROTON TAK BOLEH JADI PRO-TUN YANG HIDUP DALAM EGOISME... DARI TAHUN 1985, TAKKAN MASIH NAK BERTONGKAT JUGA?



Tun Mahathir dalam temubualnya dengan The Edge Digital yang dimiliki oleh Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat menyatakan, Proton sedang berhadapan dengan masalah kerana kerajaan tidak lagi melindungi Proton, malah menuduh kerajaan 'menentang Proton'.

Bagaimanapun, Mahathir tidak pula menerangkan apakah perlindungan dan bantuan spesifik kerajaan kepada Proton. Tidak pula Mahathir memberitahu, apakah yang perlu kerajaan lakukan untuk membantu Proton sebagaimana yang dihajatinya.

Menurut artikel tersebut, penyata kewangan terakhir pada 2013 menunjukkan Proton kerugian RM821 juta dengan jualannya adalah RM7.7 bilion. Penyata Kewangan tahun 2014 bagaimanapun, tidak diperolehi dan diberikan.

Proton kini telah dimiliki oleh DRB Hicom. Pembabitan kerajaan di dalam syarikat automotif negara itu hanyalah dalam bentuk GOLDEN SHARE.

Rengekan Tun Mahathir itu sebenarnya menunjukkan Proton semakin tidak berdaya saing. Rata-rata rakyat Malaysia bangga dengan Proton walaupun sebahagian daripada mereka, tidak menggunakan, membeli atau pernah memiliki kereta yang dihasilkan oleh Proton walaupun mereka menyalak-nyalak menyokong Proton. Dan lebih ramai yang memperkatakan tentang Proton, yang menggunakan kereta-kereta Proton sebagai kereta pertama, kedua atau ketiga.

Untuk kenderaan-kenderaan asing yangdibawa masuk dan dijual di negara ini, kerajaan telah mengenakan cukai eksais, eksais import, dan GST. Perlindungan apa lagi yang diperlukan oleh Proton sebagaimana maksud kenyataan Mahathir?

Antara dua fungsi Proton iaitu membolehkan rakyat negara ini memiliki kereta atau mencatatkan keuntungan, ke mana arah sebenar Proton? Kalau benar Proton ditubuhkan untuk mencatatkan keuntungan, seharusnya inovasi dan kreativiti pentadbiran dan pengurusan Proton sekarang, mengatasi EGOISME besar yang mereka anuti.

PERODUA, yang orientasinya sama dengan Proton - Proton dengan Mitsubishi manakala Perodua dengan Daihatsu - mampu mencatatkan keuntungan dari setahun ke setahun. Mengapa pula Proton tidak boleh? Apakah alasan, lebih ramai pengganggur yang akan dihasilkan menerusi pemotongan kos, menyebabkan Proton menerusi Penasihatnya, merengek-rengek yang kerajaan tidak membantu Perusahaan Otomobil Nasional itu?

Kalau kerana tanggungjawab sosial sepertimana yang diumumkan ketika pelancaran Proton Saga pada tahun 1985 dahulu, mengapa pula merungut tentang kerugian?

Proton tidak boleh mengikut jejak langkah MAS yang telah sekian lama mencatatkan kerugian tahun demi tahun.

EOGISME MEMBUNUH!!!

Berbanding model-model sebelum ini, Proton mempunyai kereta-kereta yang lebih baik seperti Preve, Suprema dan Iriz. Sekaligus menunjukkan Proton mempunyai masa hadapan dan berdaya saing, ditambah pula dengan dasar kerajaan ke atas penjualan kenderaan-kenderaan asing di negara ini.

Takkanlah Mahathir juga sama seperti Lim Guan Eng yang beranggapan dan sentiasa mendabik dada, peruntukan daripada Kerajaan Pusat adalah PROFIT ENTITI?


7 comments:

  1. Susah nak ckp bila melayu pun tak support produk melayu.majoriti besar yg bekerja kat proton org melayu termasuk vendor.pernah terpiki tak berapa lama syarikat automotif beroperasi sblm berjaya.kalu kerajaan ble buang duit billion2 utk 1mdb yg langsung takde ke kepakaran kenapa tidak kepada proton yg sudah terbukti kepakaranya.kalu kita sndri pun taknak support produk sndri jgn harap org lain.lg teruk kalu kerajaan sndri pun memburukkan proton dlm tv.perlu diigt protonlah satu satunya syarikat automotif milik org islam di dunia yg mempunyai kepakaran sepenuhnya membuat kereta.perjuangan proton adalah fardu kifayah kepada umat islam.

    ReplyDelete
  2. Aku dah berdekad dekad sokong Proton.....tetapi NO MORE!!

    MAmak kerala ni ingat dia bagus sangat ke? orang tua gila ni lah punca kegagalan Proton!

    Woi mamak kutty, you need to get your brain scanned! It's full of shit!

    ReplyDelete
  3. Bersetuju dengan Anon 1.20 pm. Sesuatu industri akan menjana impak industri sokongan lain. Kita amat patut menyokong industri tempatan. Secara umumnya jika di Korea Selatan, rakyat mereka akan memastikan produk buatan negaranya adalah keutamaan dan produk luaran sebagai pilihan kedua. Contohnya kita boleh lihat di Korea Selatan, jika mereka mempunyai kereta dari jenama luar, mereka akan memastikan mereka juga memiliki kereta jenama tempatan, jika tidak mereka dipandang serong oleh masyarakat setempat. Jika kita memandu kereta jenama luar dan mengisi minyak di petrol pump station, pembantu petrol pump station tidak membantu begitu sebaliknya. Ini adalah satu contoh betapa mereka menyokong industri dari negara mereka dan mereka.

    ReplyDelete
  4. anon 1:20pm.
    sejak bila proton wujud? sejak bila pulak kerajaan memberi perlindungan dan bantuan kepada proton? adakah setelah lebih 20 tahun proton masih perlu merengek minta bantuan dan perlindungan? soal kualiti dan sebagainya pada saya masih tidak banyak berubah. baik, untuk memberi bukti betapa saya sayang dan sokong proton saya telah membeli dan menggunakan model iswara, waja dan preve. namun pada penilaian saya kualiti pembuatan proton masih gred B-. kekadang terfikir saya, siapakah yang dilatih dan diupah oleh proton untuk tugas pemasangan kereta? setelah sedikit maklumat yang saya dapat, kebanyakan pekerja yang bekerja dibahagian pemasangan ialah belia2 yang tidak mahu sambung belajar, tetapi bukan statusnya jujur dan rajin kerja. mereka bekerja dengan proton semata2 kerana gaji. oklah, ada staf qc yang akan jaga. siapa qc? mereka juga sebahagian besarnya adalah golongan sakit. bagaimana proton menjaga kualiti produk yang deihasilkan vendor? hancur beb! contoh: panel button pada pintu pemandu preve tidak boleh dipasang kemas!! bila saya adukan ke pusat servis, jawapan foreman ialah "semua preve begitu"... kualiti kepala bapak siapa macam tu? maaf, kekasan ini bukan saya datangkan kerana tidak dapat mengawal perasaan. saya bosan terhegeh2 minta proton dilindungi, sampai kualitipun ikut kurang upaya dan hampeh.
    so, anon 1.20pm, faham maksud saya? jangan menjerit minta perlindungan dan bantuan kerajaan sepanjang hayat kepada proton dengan mengaitkan 1mdb. syarikat sarat hutang dan sarat skandal itu wujud baru 5 tahun berbanding proton lebih 20 tahun.

    ReplyDelete
  5. kenapa interest rate beli kereta proton lebih tinggi berbanding jenama lain wahai Tun????
    Dari dulu dan kini...ke selamamya!!!!

    ReplyDelete
  6. madey asyik nak jatuhkan najib. kerja sendiri terbengkalai. kate oghang perak...tak ade beban, batu digaleh. amek kau.

    ReplyDelete
  7. Tu la korang, masih tak paham apa tu PROTON.
    1.Proton adalah engineering technology yang tertinggi.Mungkin sama level dgn AIROD.Proton dan kemudahan engineering nya bole buat kapalterbng kalu ade duit..FACT.
    Hilang tech ni, hilang lah orang kebolehan Malaysia dalam industry ni yg mana Malaysia adalah satu satu nya negara Islam yg design,manufacture dan jual kereta..FACT.
    2.Perodua pula cuma pasang kete aje kat sini..design,testing and evaluation semuanya di buat oleh Toyota/Daihatsu Jepun.Produa mana ade engineering capability cam Proton..FACT.
    3.Belakang Proton..Supplier 80% local company or 300,000 tenaga pekerja..FACT.
    4.Lingkup Proton mean 1/2 Million Melayu tak de kerja..FACT.
    5.Kesalahan Proton: Terlalu ramai supplier yg owner nya Dato/Tan Sri..Susah Proton nak dapatkan parts yg harga berdaya saing.
    Proton bole maju jika beli dari tempat lain dan harga kereta akan murah dan bole di export ke luar negara..Tetapi,Politik susah kan Proton..CONFIRM FACT.

    ReplyDelete