Pages

Wednesday, September 23, 2015

S.KALAICHELVI: MANGSA ROGOL... MULA-MULA DIROGOL, TAPI AKHIRNYA DIHUKUM PENJARA KERANA MEMPERTAHANKAN DIRI!!!



Kalau Nak Rogol Aku Pun Rogollah, Aku Tak Kisah... S. Kalaichelvi... mula-mula dirogol, kini dia dipenjara.... ini kisah dunia dunia terjadi..

Kalau korang seorang wanita dan rumah korang dicereboh, lalu muncul seorang lelaki mahu merogol korang, apa korang akan buat? Adakah korang akan mempertahankan diri atau membiarkan saja si-lelaki jahanam itu meratah diri korang sesuka hatinya? 

Kebanyakan wanita pasti akan melawan, biarpun nyawa menjadi taruhan tapi menyerah mahkota kesucian mereka tidak sekali!! 

Dan di Ipoh semalam kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan. 

Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas. 

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010. 

Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. 

Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya. 

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut. 

Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan 'pembunuhan kejam', tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi? 

Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun. Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. 

Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!! Jika JR adalah wanita itu, JR juga akan bertindak sepertinya. JR lebih rela mempertaruhkan nyawa dari menggadai maruah!! JR sekali-sekali tak akan meminta belas kasihan perogol itu sambil berkata, 'Kalau kau nak rogol akupun rogollah, aku tak kisah!!' (SUMBER)

KES BERKAITAN DIRUJUK DI SINI

Dari sudut perundangan pula, berikut adalah fakta-fakta kes yang diambilkira dalam penentuan hukuman tersebut;


FAKTA SEBENAR KES S.KALAICHELVI :-

(a) kes ini telah diputuskan pada 03.06.2011 bukan 2012,file kes telah dirujuk di mahkamah tinggi ipoh.

(b) Luka di badan mangsa menunjukan mangsa ditetak dan dipukul beberapa kali sehingga mati. jika self-defense, tidak perlu pukul sampai mati.

(c) "Perogol" yang dikatakan MENCEROBOH rumah sebenarnya tidak menceroboh kerana tidak ada kesan pintu atau tingkap dipecah masuk. -timbul keraguan terhadap cerita "cubaan merogol" seperti yang dinyatakan tertuduh.

(d) "Perogol" dan perempuan tersebut adalah kenalan rapat, terdapat bukti menunjukan mereka ber "SMS" -(mangsa disyaki sebagai kekasih perempuan itu).

(e) tidak ada saksi lain yang boleh mengesahkan bahawa kejadian "cubaan merogol" itu betul2 berlaku kerana hanya Perempuan itu dan suaminya sahaja yang ada pada masa itu.

(f) Perempuan tersebut dan suaminya telah membungkus dan menanam mayat tersebut bagi menyembunyikan bukti, sepatutnya dia perlu terus melaporkan kepada polis selepas kejadian. (timbul lagi keraguan disini).

(g) Yang Arif Hakim berlandaskan fakta dan bukti yang telah dikemukakan kedua-dua belah pihak telah membuat keputusan yang beliau rasakan setimpal. Hukuman penjara ini sebenarnya diminta oleh peguam perempuan itu sendiri bagi mengurangkan dari hukuman gantung.

Isu ini telah diputar-belitkan oleh mereka2 yang buta undang-undang sehingga Badan Kehakiman dihina dan perkara ini sangat mengecewakan. Fakta ini saya perolehi dengan merujuk kepada file kes dimahkamah dan berjumpa dengan Yang Arif Datuk Zainal sendiri.


5 comments:

  1. Hakim ni minum arak tak? Macham orang mabok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ingat ko cuma bodoh Ted...rupanya ko bangang tahap musibat

      Delete
  2. Baca fakta kes sebelum komen boss

    ReplyDelete
  3. Undang-undang negara ini semacam menyebelahi perogol....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorang lg bangang tahap musibat. Tak faham fakta tolong duduk diam2 jgn tunjuk kebodohan kamu tu Johan.

      Delete