Semalam, pasaran saham mencatatkan reaksi bercampur-campur bagi saham-saham pemegang konsesi lebuhraya di Bursa Malaysia.
Saham Ekovest Berhad, kontraktor siap guna utama bagi lebuhraya DUKE naik 5.5 sen kepad 98.5 sen, Saham Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK), Silk Holdings Bhd, pula naik enam sen menjadi 54 sen.
Manakala saham IJM Corp Bhd, yang mengendali dan menyelenggara Lebuh Raya Pantai (NPE) dan Lebuhraya BESRAYA, mencatatkan prestasi agak berbeza apabila turun dua sen menjadi RM3.34.
Saham Bina Puri Holdings, pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) tidak berubah dan ditutup pada 46 sen petang semalam.
Menariknya, dalam isu ini, TOKEY BESAR yang berada di belakang syarikat-syarikat konsesi tersebut, iaitu Kerajaan Negeri Selangor, langsung tidak bersuara walaupun merekalah yang paling lantang melaung-laungkan sekiranya, mereka terpilih untuk memegang kuasa, mereka akan MENGHAPUSKAN TOL-TOL LEBUHRAYA.
Ironinya, pemilikan mereka tidak menjadikan lebuhraya bebas tol, bahkan kadarnya dinaikkan dan Kerajaan Pusat pula dipersalahkan.
Ia samalah seperti PPA IPP yang mana TNB perlu dan wajib membayar syarikat-syarikat tersebut sama ada tenaga yang dikeluarkan, diguna atau tidak dengan syarikat-syarikat tersebut kemudiannya menjadi LINTAH DARAT yang mengugut dan menekan Kerajaan yang telah menganugerahkan berpuluh-puluh bilion ringgit kepada mereka selama lebih dua dekad.
Ironinya, di mana suara Kerajaan Pakatan di Selangor yang sedang berkira-kira untuk merosakkan hutan simpan bagi pembinaan lebuhraya bertol yang baru sedangkan merekalah TOKEY SEBENAR?
No comments:
Post a Comment