Pages

Monday, October 5, 2015

BOO SU-LIN... BILA LAGI NAK DIAMBIL TINDAKAN EKORAN ARTIKELNYA YANG JELAS MENGHASUT?



Bekas wartawan The Malaysian Insider yang terkenal apabila berjaya menyusup masuk dalam mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (SINI) dan kemudian melaporkan berita putar belit, kemudiannya beralih arah ke The Malay Mail pula, juga terkenal sebagai seorang pejuang hak wanita dan bangga memperkenalkan dirinya sebagai seorang Atheist (RUJUK DI SINI), barangkali seronok apabila, sehingga setakat ini, dia tidak pernah dikenakan sebarang tindakan undang-undang ekoran perbuatannya.

Kali ini, dia cuba mempertikaikan sesuatu yang berada di luar had sebagai seorang wartawan apabila memperkatakan BETAPA TIDAK RASIONALNYA Perlembagaan Persekutuan terutama yang membabitkan Artikel 11(4) yang tidak membenarkan mana-mana pihak bukan Islam mendakwahkan umat Islam untuk keluar dari agama mereka.


Dan yang lebih menarik pula, sidang pengarang The Malay Mail benar-benar menyokong artikel tersebut tanpa sedikit pun rasa bersalah biarpun pada masa yang sama, mereka juga sedar, penerbitan itu bersalahan dan bertentangan dengan Akta Hasutan 1948 mahupun Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Percetakan serta Penerbitan.

Sudah dua kali sebenarnya Boo Su-Lyn menulis dan menyiarkan artikel yang mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan melibatkan kedudukan Islam dan umat Islam di negara ini. Artikel pertama adalah pada 2 Oktober lepas yang antara lain menyatakan Perlembagaan Persekutuan pada Artikel 11(4) telah digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk menghalang rakyat Malaysia daripada memikirkan faedah diri dengan mengharamkan penerbitan buku berbahasa Melayu (RUJUK SINI).



5 Oktober sekali lagi Boo Su-Lyn mencabar undang-undang negara apabila menyatakan orang Islam di Malaysia telah dikawal sepenuhnya oleh kerajaan tentang apa yang mereka boleh fikir, boleh makan, orientasi seks yang perlu dituruti dan sebagainya. (RUJUK SINI)

Mengapa agaknya wartawan ini dibiarkan kurang ajar dan biadap? Apakah kerana dia seorang Atheis yang tidak mempercayai mana-mana agama dan kewujudan Tuhan, maka dia tidak tertakluk dengan mana-mana undang-undang yang termaktub?

Atau adakah kerana dia seorang wartawan yang sudah tentu akan mendapat sokongan daripada DAP dan kelompok anti kerajaan, maka dia dibenarkan mempertikaikan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan?

Kalau itulah yang berlaku, mengapa tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil kepadanya?

Atau sebenarnya Perlembagaan Persekutuan hanya wujud untuk mengabsahkan kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara, tetapi tidak diamalkan dan dikuatkuasakan kerana takutkan undi lari?




5 comments:

  1. Tunggu la nak kena san tau si masa

    ReplyDelete
  2. Pihak berkuasa agama akan terus perhati... kerajaan juga sedang memerhati perbuatan nyonya ni... tindakan akan diambil sebelum subuh sekiranya nyonya ni mengaku bahawa dia seorang melayu.... kalau dia bukan melayu, kerajaan takut sebarang tindakan akan dikaitkan dengan perkauman... dan kerajaan tidak sanggup menjawab kpd LGE dan LKS... mereka lah penentu nasib malaysia (agaknya)

    ReplyDelete
  3. Bab saman menyaman dan tangkap menangkap dalam kes sebegini hang kenalah tanya menteri hang Zahid.

    ReplyDelete
  4. The malay mail ni nama je ada kaitan dgn melayu.tapi kebanyakan article yang disiarkan kan berlawanan sama sekali.Dulu dah kena ban sekejap.Bila bagi peluang diterbitkan semula masih tidak berubah.

    ReplyDelete
  5. Kalau melayu buat statement kt bangsa lain, besuk terus tangkap.... Kalu bngsa lain smpai bersih 4 pn xde sape yg kena, namewee teruk hina azan,islam dn melayu xde kena apa2pn..

    ReplyDelete