Lim Kit Siang cuba mempamerkan kemarahannya kerana diusulkan gantung dan kemudian digantung, tetapi sebenarnya itu juga adalah salah satu daripada plot ciptaannya.
Sidang media yang dihadirinya bersama-sama barisan pemimpin PAS, PKR dan DAP di lobi Parlimen untuk menuwar-uwarkan cerita tentang usul Undi Tidak Percaya, juga adalah sebahagian daripada plot cerita yang telah cuba dijalin dengan baik oleh Lim Kit Siang dan DAP.
Semuanya dibuat demi meraih simpati dan emosi agar ianya dilihat sebagai PENYINGKIRAN DAN PENGGANTUNGAN LIM KIT SIANG adalah salah satu cubaan menyembunyikan salahlaku dalam 1MDB. Sekaligus merancakkan sokongan untuk undi tidak percaya.
Kita ambil tahu berapa ramai yang mengundi menyokong dan berapa ramai yang menentang.
Seramai 107 menyokong Lim Kit Siang digantung, 77 pula menentang. Yang menjadi persoalan ialah mengapa LIM KIT SIANG SENDIRI mengundi BERKECUALI?
Mengapa Kit Siang tak undi menentang menjadikan jumlah menentang 78? Mengapa memilih untuk BERKECUALI?
Di bawah undang-undang Parlimen, dia dibenarkan
Dalam kes ini, Kit Siang hanya mahu mewujudkan tanggapan yang dia telah dilayan secara tidak adil di Parlimen. Atau barangkali juga dia sebenarnya mahu cuti bergaji selama 6 bulan tanpa perlu hadir di Parlimen memandangkan kebarangkalian percutiannya ke luar negara baru-baru ini masih tidak memuaskan hati.
Secara mudah, Kit Siang sendiri sebenarnya mahu dia digantung dari Parlimen dan sudah menjadi resam dan resmi bagi mana-mana ahli politik Pakatan apatah lagi DAP, mereka tidak akan memohon maaf walaupun telah dibuktikan mereka bersalah!
No comments:
Post a Comment