Politik merupakan seni pembohongan, tipu perdaya, fitnah, kerja kotor dan pulas tengkuk yang sudah tercipta semenjak dari dunia ini hanya wujud Adam a.s dan anak-anaknya.
Apa yang didengar dan diberitahu, mungkin ada perkara lain yang terselindung yang tidak ingin kita ketahui dalam masa terdekat.
Begitulah juga apabila Jamal Mohd. Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang sekarang ini sedang galak untuk mengadakan road-show di setiap Bahagian kononnya, setelah gagal berbuat begitu di Ampang dua minggu sudah.
Di Ampang, sekurang-kurangnya 5000 orang yang dijanjikan, yang muncul tidak sampai pun 100 orang. Pengisiannya pun kosong, seolah-olah perhimpunan itu sengaja diadakan untuk ditunjukkan bahawa ada perhimpunan dan seterusnya 'proses seterusnya' perlulah diselesaikan.
Dalam setiap parti politik, ada pihak oportunis, ada pihak defensif dan ada pihak naif. Kategori mana yang perlu kita letakkan Jamal Mohd. Yunos, anda bolehlah membuat penilaian sendiri.
Justeru, apabila media memaparkan pengakuan dan pengisytiharan Jamal bahawa dia merupakan sebahagian daripada kumpulan dalam UMNO yang berusaha untuk menyingkirkan Muhyiddin Yassin dari kedudukannya selaku Timbalan Presiden UMNO, sudah tentu akan membawa pelbagai berita, kerana turut sama dalam usaha tersebut adalah pengusiran Muhyiddin dari dalam UMNO.
Konon kata Jamal, lebih dari 100 Ketua UMNO Bahagian yang telah mengadakan mesyuarat tertutup bersetuju untuk membincangkan langkah-langkah selanjutnya.
Pengakuan yang dibuat oleh Jamal itu, ditempelak pula oleh Nazri Aziz yang menganggap, Jamal Mohd. Yunos bukan 'sapa-sapa'. (BACA SINI dan SINI)
Semakin lama semakin huru-hara... semakin ramai tukang ampu yang bertindak sebagai KHAWARIJ dalam UMNO semata-mata sedang memburu ghanimah dan nama.
Jangan mustahil kalau 'rotan' ini akan membidas kembali jikalau dibiarkan berterusan!
entah apa yang dikejar oleh pak jamal ni sebenarnya. khawarij umno ni elok benar untuk diberi perhatian utama dan penilaian semula, seterusnya disingkirkan kerana beliaulah yang sebenarnya menjadi perosak kepada umno...
ReplyDeleteLahir pulak lg sorang bakal mewarisi kebodohan otak kaum umno baru.
ReplyDeletepenyambung kedajalan najib dan sekutunya.
Spesis macam Jamal Sekincan .. banyak di lahirkan oleh Parti Umno .. sebab itu Quality utk menjadi Pemimpin utk RAKYAT .. sudah TIADA .. HANYA UNTUK PERUT MASING 2.. JILAT SAMPAI BERSINAR .. hu hu hu
ReplyDeleteThe return of JAMAL PAK TONGKOL...pemakan DEDAK NO.1 Najib....
ReplyDeletedia nk lwn Rani Kulub tuu..kahkahkah puihh
ReplyDelete