Pages

Wednesday, October 28, 2015

LAGI KOMPLEN DARI PARA GURU PASAL 1BESTARINET YANG DIKENDALIKAN YTL TERSANGAT LEMAH DAN LEMBAB!!!



Tajuk: Kelemahan Projek 1Bestarinet antara punca masalah kepada guru dan murid di sekolah.
Tarikh: 27 Oktober 2015

Saya memohon KPM untuk menyemak semula pelaksanaan FrogVLE di sekolah dan beberapa lagi sistem online di bawah projek 1Bestarinet dikaji semula.

Banyak masalah yang timbul sejak projek ini dilaksanakan bahkan guru menjadi tertekan akibat dipaksa melaksanakan FrogVLE yang dirasakan masih belum bersedia walaupun sudah dilaksanakan sejak tahun 2013.

Saya dapati, sistem yang disediakan oleh pihak YTL melalui 1Bestarinet adalah sangat lemah malah menyusahkan para guru dan murid disekolah. Projek ini dilaksanakan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan.

Para guru 'dipaksa' menggunakan FrogVLE sehinggakan ada KPI yang perlu dicapai walaupun sistem ini sangat lemah dan lembab. KPI ini perlu dicapai supaya apabila dibentang ke parlimen atau Audit Negara, seolah-olah 1Bestarinet ini berkesan dan digunapakai oleh semua guru sedangkan ianya adalah arahan paksa.

Saya sudah bangkitkan isu 1Bestarinet ini sejak 2013 dan 2014 sewaktu permasalahan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dilaksanakan dan kini telah dihentikan. Malah, 1Bestarinet telah didenda oleh Audit Negara gara-gara gagal menyediakan perkhidmatan yang seperti dijanjikan.

Saya mendesak agar pihak KPM bertegas kepada syarikat YTL yang telah menyusahkan para guru dan murid di sekolah malah perlu membuat aduan kepada Audit Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat, siapakah individu yang membawa masuk projek bernilai jutaan ringgit tetapi banyak masalah.


Hj Mohd Nor Izzat bin Hj Mohd Johari
Ketua Moderator
Kelab Intelek Dan Pendidikan Malaysia (KiPM)


No comments:

Post a Comment