Pages

Monday, October 5, 2015

PARTI CAP CANGKUL MILIK MAT SABU BEREBUT HARTA DENGAN PAS DI JOHOR!!!



Tak diketahui pula, rupa-rupanya HARTA SEPENCARIAN bukan hanya melibatkan suami isteri, tetapi juga melibatkan parti politik.

Parti Amanah Negara (Tanah Air Tercinta) telah ditubuhkan apabila para pemimpin PAS yang pro-DAP hilang jawatan dan gagal dalam perebutan jawatan menerusi pemilihan baru-baru ini. Diketuai oleh Mat Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya selaku Timbalan Presiden PAS, PAN ditubuhkan dan mendapat sokongan kuat daripada DAP. Malah DAP tidak berselindung langsung dalam menyatakan, PAN ditubuhkan bertujuan untuk menggantikan PAS yang sudah tidak berguna lagi di mata DAP.

Rupa-rupanya, PAN bukan sahaja bertujuan mengambilalih peranan PAS di sisi DAP, bahkan mengambilalih harta-harta PAS atas alasan 'pencarian bersama'.

Ini lawak!

Masa PAS memperolehi harta-harta tersebut, PAN tidak wujud langsung. Tiada PAN dan tiada pernikahan atau persekongkolan untuk pencarian berkenaan. Sebaliknya PAN tertubuh apabila kekecewaan kerana kehilangan jawatan, sekaligus mengeluarkan PAN dari kelompok jemaah PAS.

Secara qiyasnya, seseorang yang telah keluar secara sukarela daripada jemaah, tiada lagi mempunyai sebarang hak ke atas jemaah yang ditinggalkan, termasuklah harta pusaka atau warisan. Tuntutan-tuntutan biasanya tidak laku dan tidak akan dilayan.

Bagaimanapun, PAN yang turut menjadikan Islam sebagai topeng perjuangan demi mendapatkan sebanyak mungkin undi Melayu-Islam buat DAP, tidak menggunapakai hukum tersebut, sebaliknya mereka bersandar kepada hukum akal.

Baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi PAN Johor di bawah:

Amanah Johor seawal penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset bagi menangani aset sepencarian semasa bersama PAS. Keanggotaan jawatankuasa ini adalah terdiri daripada kalangan peguam, perunding hartanah, profesional dan asatizah. Satu panduan telah dikeluarkan iaitu ;
1. Aset yg dlm geran tanah atas nama PAS adalah menjadi aset milik PAS.
2. Aset yg dlm geran tanah atas nama pemegang amanah bagi pihak PAS adalah menjadi aset milik PAS.
3. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal tersebut telah meninggal dunia maka aset itu menjadi milik PAS.
4. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal masih hidup maka tuantanah berhak untuk memberikan atau mewakafkan tanah tersebut samada kpd PAS atau AMANAH.

Bangunan yg didirikan diatas tanah adalah mengikut definisi Tanah dlm Kanun Tanah Negara (KTN) dimana bangunan yg terdapat diatas tanah adalah menjadi sebahagian drp tanah. Dengan kata lain hakmilik keatas bangunan adalah merujuk kepada pemilik tanah tersebut.

Panduan diatas jelas menunjukkan bertapa terbukanya Amanah Johor dalam penentuan pemilikan aset sepencarian ketika bersama PAS. (Secara statistiknya peluang Amanah untuk menuntut aset sepencarian bersama PAS adalah 12.5% sahaja).

Insiden yang diviralkan dalam media baru-baru ini berkaitan dengan pemilikan sebuah markas oleh Amanah di Tenggara sebenarnya tidak lari darpada panduan yang dinyatakan diatas (rujuk panduan 'd').

Penyelesaian yang dibuat oleh Amanah Pontian ke atas sebuah markas milik Amanah Pontian tetapi sanggup menjadikannya sebagai bangunan gunasama antara Amanah dan PAS menunjukan contoh keterbukaan Amanah Johor.

Adalah diharap kenyataan diatas dapat menjawab beberapa tuduhan tidak berasas yang menuduh Amanah Johor adalah perampas aset milik PAS.

YB Tn. Hj. Aminolhuda Hasan
Pengerusi AMANAH Johor
3 Oktober 2015

Sepatutnya Aminolhuda Hasan berasa sedikit malu untuk mendabik dada kononnya PAN terbuka dan berlapang dada sedangkan hakikatnya, yang terbuka dalam isu ini adalah PAS. PAS Tenggara yang sepatutnya diberikan pujian apabila membenarkan PAN menumpang premis mereka, bukan sebaliknya.

Malangnya, apabila sudah tidak mempunyai perasaan malu kerana di belakang mereka adalah DAP, apa yang berlaku, ialah apa yang kita dapat kita lihat di Johor dan dinyatakan oleh Pengerusi sebuah parti perampas dan pengkhianat di Johor!!!

No comments:

Post a Comment