Namun, kenyataannya itu sebenarnya menjelaskan bahawa dia sebagai anak perempuan Anwar Ibrahim, tidak faham dengan apa yang disuarakannya.
Tidak dinafikan, bebanan guru memang bertambah terutama dengan pelbagai perubahan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran setiap kali berganti Menteri dan KSUnya. Setiap penguasanya, sudah pasti akan cuba memperkenalkan wadah-wadah dan dasar-dasar baru yang akhirnya tidak ke mana malah akhirnya membebankan guru dan pelajar itu sendiri.
Maka tidak hairanlah apabila ramai guru yang memilih untuk menjadi penyokong pembangkang kerana berasakan mereka telah dibebani kerja berlebihan oeh majikan sendiri, sekalipun sekiranya pembangkang yang mengambilalih kepimpinan negara, bebanan mereka akan bertambah berkali-kali ganda, memandangkan pembangkang cenderung untuk meminimakan tenaga kerja tetapi memaksimakan output.
Jangan hairan apabila Nurul Izzah berpandangan begitu kerana dia sangat skeptik kerana sudah terlalu lama terdedah kepada pembohongan yang melibatkan ibu bapanya semenjak dia kecil lagi. Justeru, dia melihat tugas guru hanyalah di dalam bilik darjah, menulis di papan hitam, papan hijau atau papan putih dan selepas itu, tamatlah tugas guru. Pendidikan bagi orang seperti Nurul Izzah tidak lebih daripada membaca buku, buat latihan dan kerja rumah serta lulus peperiksaan. Bahagian-bahagian pendidikan lain terutama melibatkan moral, perpaduan, sukan dan sebagainya, tidak dikategorikan sebagai pendidikan.
Apatah lagi dengan penggunaan 1BESTARINET yang memberikan pendapatan lumayan kepada pihak-pihak tertentu seperti YTL, tetapi bukan sahaja tidak berkesan, bahkan langsung tidak boleh digunakan, menyukarkan lagi guru-guru untuk meneruskan polisi pendidikan negara.
Sekadar menggunakan data-data yang kemudiannya diputarbelitkannya kerana gagal faham, Nurul Izzah sebenarnya lebih kepada menghina golongan guru yang telah bertungkus-lumus untuk menjalankan tugas mereka sebaik-baik mungkin, bahkan dalam banyak kes, menjadi pengasuh dan penjaga anak-anak tanpa berbayar dan diberikan upah oleh ibu bapa!!!
Nak lulus cemerlang ais krimkan pensyarah
ReplyDeleteTak payah komen apa pun. Banyak saudara mara yg jadi guru, semua aku tengok stress semacam. Ada suatu masa dulu nak kena key in dalam sistem hal murid, nak jadi 'gila' pun ada. Kesian aku tengok.
ReplyDeleteadmin.. atau sebenarnya padan muka guru... pembangang yang depa sokong akhirnya 'mengaku' depa nih kerja 2 jam ja sehari.. maknanya depa dok harap pembangang memberi kehidupan yang lebih baik.. tup tup.. mengutuk depa balik hahahah padan muka guru penyokong pembangang..
ReplyDelete'kerja 2 jam' ja sehari.. dok mengadu susah itu susah ini.. pastu sokong pembangang lak walau kerajaan bagi macam macam dah.. gaji lebih tinggi dari penjawat awam yang lain.. padan muko hampa.. hahahaha
Walaupun aku bukan pembangkang, tetapi apa yg dikatakan olih anak perempuan Anuar Ibrahim ada lah betul, Cikgu sekarang kebanyakan buat kerja sambilan selepas sekolah, ini mengambarkan mereka2 ini bukan nya sibuk dgn tugas hakiki mereka.
ReplyDeleteKlu lps waktu sekolah ikut suka cikgu tu la nak buat apa pun......dia blk rumah berjimak pun apa masalahnya?
DeleteKau ingat cikgu tu hamba abdi kau ke nak dia ajar dan jaga anak kau 24 jam....akai ada ka?
Ada ke cikgu yg mula kerja jam 7 balik jam 9? Kebangangan apakah ni? Ataupun masuk jam 7 pagi balik pukul 1.30 sama dgn budak2 lain? Ini semua mitos. Kerjaya cikgu antara yg paling stress. Banyak bergantung pada minat. Mereka ada disekolah dari pagi lepas habis mengajar sambung kerja dipejabat hinggalah ptg dgn aktiviti kokurikulum. Ini belum lagi masuk cerita cikgu kawasan pendalaman yg banyak cerita2 menarik bagaimana kesusahan mereka kerana terpaksa berdikari. Hargai jasa seorang cikgu. Anon 9.37 AM pernah kena rotan ke?
ReplyDeleteNAK LULUS CEMERLANG....IKUT MACAM NURUL. MINTAK AISKERIM DARI PENSYARAH. HMMMM....NIKMAT......
ReplyDelete