Jawapan yang diberikan oleh SKMM berhubung harga dan kelajuan Internet di Malaysia, membuatkan ramai pengguna Internet yang mencemuh badan tersebut.
Kegagalan pihak berkenaan untuk berkompromi atau mengarahkan TELCO yang merupakan provider utama Internet menurunkan harga, lebih banyak diperkatakan oleh masyarakat pengguna berbanding kelajuan Internet.
Dengan memberikan alasan, pengguna lebih banyak memilih Internet berkelajuan rendah untuk mengurangkan kos pembayaran, ternyata, hala 'sokongan' SKMM dapat dilihat lebih condong kepada provider berbanding pengguna.
Ketika negara-negara lain sedang berlumba-lumba untuk memastikan perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi diberikan kepada para pengguna, di Malaysia pula, lain jadinya. Perkhidmatan Internet berharga tinggi dilihat menjadi keutamaan kesemua pihak terbabit.
Ini dapat dilihat menerusi alasan, pengguna yang memilih Internet berkelajuan tinggi perlu membayar lebih kepada TELCO. Lebih malang lagi ialah, walaupun pengguna memilih skim yang berkelajuan tinggi dan provider pula meuwar-uwarkan tentang perkhidmatan 3G atau 4G, liputan talian pula amat mengecewakan. Dengan kata lain, pengguna membayar untuk harga tinggi sedangkan perkhidmatannya amat terhad.
Sebenarnya pusinglah kut mana pun, alasanlah apa pun oleh SKMM dan sewaktu dengannya, hakikat sebenar yang dihadapi oleh masyarakat pengguna Internet di negara ini adalah ORIENTASI MENGAUT KEUNTUNGAN BERLEBIHAN oleh TELCO. Syarikat-syarikat tersebut tidak pernah peduli sama ada pengguna boleh menggunakan perkhidmatan mereka secara optimum atau langsung tidak menggunakannya, sebaliknya, yang syarikat-syarikat tersebut hadap sangat adalah KEUNTUNGAN TINGGI.
Kenyataan yang dikeluarkan
Kaldai2 jadi pemimpin
ReplyDeleteBukannya Telco tak boleh bagi service yang laju dan murah , di Malaysia nie , Telco wajib sewa Fiber Optic TM dgn kos RM1.8 Billion setahun . Setiap Telco wajib sumbangkan RM600 juta setahun ke TM . Utk pastikan GLC TM ' still making money ' . Pelik betul Malaysia nie .
ReplyDelete