Bagaimanapun, nama 'pemimpin UMNO' yang akan menyertai PKR dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh Presiden parti tersebut merangkap isteri Perdana Menteri 16 September yang entah kali ke berapa, tidak pula dinamakan.
Pun begitu, khabar-khabar angin bertiup kencang, 'pemimpin UMNO' yang dimaksudkan itu adalah Saifuddin Abdullah, orang buangan dalam UMNO yang kemudian diberikan jawatan dan perjawatan tetapi kiblatnya tetap Anwar Ibrahim.
Saifuddin Abdullah kebelakangan ini tidak lagi berselindung-selindung menyebelahi PKR dan DAP. Beberapa majlis yang dianjurkan oleh DAP telah dihadirinya dengan mengatasnamakan 'bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO' seperti dalam demonstrasi MENYOKONG THE EDGE. (RUJUK SINI)
Saifuddin Abdullah kalah dalam PRU-13 di Kerusi Parlimen Temerloh di tangan Nasaruddin Tantawi dengan jumlah majoriti yang agak besar bagi seseorang yang berjawatan Timbalan Menteri pada ketika itu.
Saifuddin secara hakikatnya sudah tidak ada tempat di dalam UMNO. Rata-rata orang UMNO sendiri tidak percaya dengan Saifuddin Abdullah yang lebih memprojeksikan dirinya sebagai benteng untuk PKR dan puak-puak pro-DAP dalam banyak isu terutama yang menentang kerajaan. Dia pernah dilaporkan akan mengetuai sebuah badan bukan parti politik yang akan diasaskan oleh Nazir Abdul Razak, adik Perdana Menteri. Bagaimanapun cerita tersebut lenyap begitu sahaja. (RUJUK SINI)
Mimpinya tentang moderat telah memakan dirinya sendiri sehingga akhirnya moderat yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah dengan menjadi penentang kerajaan dalam segala isu yang berpihak kepada pembangkang!
Adakah dia yang ditunggu-tunggu oleh kepimpinan baru PKR selepas Kamaruddin Jaafar mengambilalih kedudukan Rafizi Ramli selaku Setiausaha Agung parti tersebut sebagaimana yang kuat bertiup sekarang ini?
Atau sekali lagi Saifuddin Abdullah bertukar menjadi mengkarung yang secara tiba-tiba boleh menukar warna badannya sekali lagi?
Kita tunggu 15 Oktober nanti... dua hari sahaja lagi!!!
Atau pun penafian daripada tuan punya badan.
Kalau betul berita ini.....syukur alhamdulilah,ahamdulilah 1000 x.....moga-moga cepat berambus
ReplyDelete