Pages

Saturday, October 3, 2015

SIMPATI KEPADA LIM GUAN ENG MEMBUAK-BUAK APABILA SEKALI LAGI DIA JADI MANGSA FITNAH!!!



Apalah diorang nih...

Lim Guan Eng yang suci murni dan serba maksum itu, telah dilanda fitnah lagi.

Tak baik tau buat anak Lim Kit Siang tu, macam tu...

Mana pernah dia keluarkan kenyataan sebegitu rupa. Tengok pada tindakannya sajalah. Kalau dia dah tak bertindak sebegitu, tentulah juga dia tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Mana pernah orang yang ahli dalam Maqasid Syariah yang dikelilingi oleh bijak pandai muda-muda, yang menasihatinya dalam mendiamkan umat Islam, akan melakukan kesilapan sebegitu rupa.

Lagipun Lim Guan Eng juga sedar, dia juga adalah PENDATANG ke Pulau Pinang dan MERAMPAS jawatan KETUA MENTERI daripada tangan anak Pulau Pinang sendiri hanya kerana dia adalah anak lelaki Lim Kit Siang.


Takkanlah orang yang datang ke Pulau Pinang, kemudian bila DAP menang, terus mengisytiharkan dirinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Mustahil!!!

Perlu diingat, apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng hanyalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang hanya satu bangsa sahaja!!!

Dari itu, janganlah fitnah Lim Guan Eng.. tak baik tau!

Tengok, tak fasal-fasal dah menyusahkan dia untuk buat laporan polis lagi....

2 comments: