Nak salahkan MIC, Tony Pua tahu, MIC pun hidup segan mati tak mahu. Orang India sendiri pun, amat malu kalau mereka dikaitkan dengan MIC. Malah sekarang ini sudah ramai orang India sendiri yang cakap, "Orang India yang pandai-pandai semuanya sudah masuk DAP sama PKR. Yang bodoh-bodoh sahaja masih dalam MIC dan PPP."
Bagi mengelakkan DAP dikatakan membela India-India 'bodoh', Tony Pua segera menuding jari kepada PKR.
Namun apabila dia ke tapak pasar malam tersebut, dia bukan sahaja diherdik, bahkan disembur dengan pelbagai kata-kata nista. Sekaligus telah menghakis keegoan dan angan-angan besarnya yang dia akan disembah oleh masyarakat India di situ.
Malah, dia turut menegaskan bahawa tapak perniagaan tersebut akan diubah dan semua peniaga di situ akan dihalau ke tempat lain.
Pua dalam masa sama menjelaskan keputusan untuk memindah tapak bazar lama ke tapak baharu dibuat berdasarkan aduan mengenai kesesakan lalu lintas.Selepas digertak oleh peniaga bazar disitu, Pua mengatakan keputusan untuk memindahkan bazar tersebut kekal dan ia perlu dipindahkan dengan segera. (RUJUK SINI)'Dihalau ke tempat lain' dalam istilah DAP ialah, mereka tidak dibenarkan berniaga lagi di mana-mana.
Perkara ini pernah berlaku di Taman Muda, Ampang apabila kawasan perniagaan orang Melayu yang dibina oleh UPENS telah dirobohkan. Wakil Rakyat DAP pada ketika itu adalah Janice Lee bersama-sama seorang Ahli Majlis MPAJ telah datang ke kawasan tersebut dan membahasa-bahasakan peniaga-peniaga Melayu di situ malah apabila sudah terkantoi, berjanji yang mereka semua akan dipindahkan ke sebuah tempat yang tidak mengganggu lalu lintas.
Gelagat yang ditunjukkan oleh Tony Pua sebenarnya membuktikan DAP sudah tidak hairan lagi dengan undi masyarakat India, sekalipun India-India di dalam DAP cuba memujuk hati sendiri dengan mencipta kasta tertinggi buat diri kerana menyokong DAP. Sedangkan hakikatnya, mereka sangat hina di mata DAP.
Samalah seperti DAP memandang orang Melayu yang menyertai mereka. Walaupun sekarang ini, DAP cuba membeli jiwa Melayu dengan mempublisitikan kononnya DAP mesra-Islam, hakikatnya hierarki di dalam parti mahupun dalam apa juga perkara penting, menyisihkan Melayu dan India.
Sikap chauvinist DAP tidak mampu ditutup sekalipun ada macai-macai yang mengaku DAP kononnya terbuka kepada semua kaum.
Memanglah terbuka tetapi hanya bertaraf macai. Nak jadi taukeh-taukeh besar dalam DAP, mesti Cina dan mesti beragama Katholik. Selain daripada itu, jangan haraplah!!!
So kaum India skelian bukak mata luas2 jangan percaya kat Dap dan pihak pembangkang ni.tak mahu ambil ikhtibar lagi ke ...dengan Kampung Buah Pala kat penang? Cukup2 lah......jalau nak tahu pemimpin UMNo dan Bn lah yang selalu menolong kaum India sebab kami bangsa Melayu beragama Islam ada sifat belas kasihan dan saling bertolenrasi bukan macm Dap atau pembangkang yang hanya tahu nak kenyangkan bangsa mereka je....
ReplyDelete