Itulah yang berlaku kepada Rahman Dahlan yang teruk menerima kutukan daripada Netizen apabila sebuah portal memetik sebahagian kecil kenyataannya dan kemudian membuat kesimpulan sendiri menerusi tajuk yang sudah tentu dibuat untuk menarik perhatian.
"BANGUN AWAL JIKA TIDAK MAHU BAYAR TOL"
Itu yang ditulis oleh Free Malaysia Today (RUJUK SINI)
Perenggan pertama artikel tersebut sebenarnya adalah kesimpulan si pengarang itu sendiri. Ia memang dikarang dengan tujuan dan objektif untuk menunjukkan Menteri terbabit adalah si bangang yang terpaksa mencipta alasan untuk bercakap dan merealitikan sebuah kenaikan.
Intipati sebenar daripada kenyataan Rahman Dahlan langsung tidak disentuh oleh portal berkenaan.
Rahman Dahlan sebenarnya bercakap tentang iltizam Kerajaan Barisan Nasional untuk menyediakan prasarana dan infrastruktur membabitkan pengangkutan awam yang lebih cekap untuk penduduk di kawasan bandar terutama di Lembah Kelang menerusi pembinaan MRT 1, 2 dan 3.
"Jika anda menggunakan kereta anda sendiri, anda akan perlu membayar tol dan petrol dan tidak lupa, tempat letak kenderaan yang mana ianya lebih mahal.
"Pada masa akan datang, LRT, MRT, monorel, bas dan teksi mestilah berpatutan supaya orang ramai boleh menukar cara pengangkutan mereka.
"Kami mahu pengangkutan awam untuk menjadi mapan untuk semua," katanya semasa sidang media sebagai tindak balas kepada kenaikan harga untuk LRT, KTM dan monorel tiket diumumkan semalam.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, kenaikan harga tol adalah diakibatkan peningkatan kos operasi malah beliau turut memberi cadangan penggunaan jalan alternatif.
"Ada jalan alternatif dari lokasi A ke lokasi B tanpa melalui tol, cumanya bila tak melalui tol, maka memakan masa dan mungkin akan mengalami kesesakan dan banyak lampu isyarat.
"Dari situ kita kena invest masa, kalau tak nak bayar tol, kita kena 'invest' masa untuk sampai ke destinasi kita," tambahnya. (RUJUK SINI)
Portal seperti FMT sengaja memilih untuk mengecilkan skop media framing dengan menyentuh kepada cadangan Rahman Dahlan, tetapi langsung tidak menyentuh tentang kupasan awal membabitkan MRT. Lebih menarik lagi ialah, Rahman Dahlan bercakap tentang 'Jalan Alternatif' tetapi yang disandarkan adalah 'BANGUN PAGI' yang kemudian dijadikan sebagai tajuk berita.
Dalam bahasa yang lebih mudah, Rahman Dahlan bercakap tentang Jalan Alternatif yang pasti akan memakan masa dan untuk itu, para pengguna perlu menggunakan masa yang lebih panjang, sekaligus untuk menggunkan laluan alternatif yang biasanya merupakan jalan lama, perancangan masa perlu dilakukan bagi mengelakkan kelewatan.
Mujur Rahman Dahlan, kalau Lim Guan Eng, dah tentu FMT kena saman kerana memutarbelitkan kenyataannya. Yang tak belit pun, dikatakan membelit, apatah lagi yang membelit seperti berita yang dilaporkan oleh FMT itu, pasti akan menyebabkan Lim Guan Eng 'membetulkan'nya dengan pantas!!!
He comes from nowhere, makes statement like brainless mascot, ahli umno tuh!!! mai dari kaum melayu proto, nak mengajar melayu urban konon!!! kah kah kah!!!
ReplyDeleteanon 11:15 AM ni jenis baca tajuk, tak baca isi kandungan atau memang jenis tak faham kut?
ReplyDeleteAtau malu nak mengaku yang dia cuma baca tajuk FMT dan kemudian percaya, bila didedahkan yang FMT menipu dan putarbelitkan cerita sebenar, malu nak mengaku dan tetap juga percaya dengan pembohongan yang telah didedahkan?
Yang tidak faham itu spesis orang hutan yang malu-malu hendak mengaku akan kebodohan diri sendiri.
DeleteKat sini pun masih ada yg baca tajuk saja. Majoriti pembaca Msiakini punya attitude
ReplyDeleteMasalahnya bagaimana dengan mereka yang terpaksa hantar anak ke taska atau rumah pengasuh? Nak hantar jam 6 pagi srmata bangun awal utk lalu jalan x bertol, masalahnya menteri ni main cakap aje, dia sendiri anak dah ada pengasuh, pegi keja polis escort, tol x payah bayar...nak bash aku? Bash la...aku undi bn selama ni...
ReplyDelete