Ada India yang berkobar-kobar mengaku mereka sangat bijak kerana tidak lagi menyokong parti-parti kerajaan dengan menyokong dan menjadi ahli DAP. Bukan main juih lagi bibir lagi apabila mereka dapat tahu ada kaum keluarga India mereka yang enggan menyertai DAP atau PKR. Label-label yang diberikan amat menjijikkan.
Ramai Cina yang sangat menyanjung tinggi DAP. DAP dianggap sebagai Toa Pek Kong yang disembah-sembah. Tanpa rasa bersalah, mana-mana orang yang enggan menyokong DAP akan dilabelkan sebagai BAJU MERAH atau UMNO. Malah Melayu PAS yang dahulunya begitu setia menyokong mereka, turut dilabelkan sebagai PAK LEBAI BODOH hanya kerana Presiden PAS enggan tunduk kepada Lim Guan Eng dan kehendak DAP.
Namun hakikatnya, DAP hanya pandai bercakap. Mereka mengambil pendekatan menipu secara terang-terangan kerana dakwaan mereka tidak pernah dibantah atau disanggah. Mereka menggunakan pendekatan membuli kerana mereka juga tahu, apa-apa sahaja yang mereka lakukan tidak akan dijawab.
Keputusan pemilihan DAP Selangor menjelaskan perangai sebenar DAP.
Mana Melayu dan India dalam DAP Selangor?
Gobind Singh Deo yang memperolehi undi tertinggi tetapi akhirnya yang terpilih sebagai Pengerusi DAP Selangor tetapTony Pua yang memperolehi tempat kelapan dalam perolehan undi dan sokongan.
DAP Selangor hanyalah secebis kecil bukti yang menunjukkan betapa chauvinist dan kiasunya Cina-Cina di dalamnya. Alasan kononnya tidak 'terkenal' atau baru menyertai DAP, seharusnya tidak menjadi buah mulut kerana ada sesetengah daripada seperti Aziz Bari telah berjuang untuk DAP sebelum dia menjadi ahli DAP lagi.
Pemilihan DAP di peringkat Pusat pun, lebih kurang sahaja keputusannya.
Ironinya, DAP masih mendabik dada kononnya mereka adalah parti pelbagai kaum walaupun kuasa hanya berlonggok di kaki kaum sebangsa sahaja.
Satu-satunya tempat untuk bukan Cina dalam DAP ialah sebagai MACAI PENGANGKAT BENDERA, penjilat tapak kaki Lim Guan Eng dan menyertai demonstrasi-demonstrasi jalanan anjuran DAP. Mereka mempunyai keahlian yang teguh sebagai tukang meramaikan majlis dan dalam perarakan untuk mendapatkan sokongan Melayu dan India bagi memastikan Cina-Cina penguasa DAP berkuasa.
Itu sahaja tempat untuk bukan Cina dalam DAP!!!
Bukti-bukti yang ada
Heran aku....yang "melayu" dalam DAP tu tak malu ke setakat jadi baruah kepada puak2 tamak dan gila kuasa dari cina selatan?
ReplyDelete