Setelah mengetahui Jamil Khir Baharom tidak lagi akan menggunakan pendekatan memberi kemaafan dan mengharapkan keinsafan bagi pihak yang menfitnahnya, budak sotong jelmaan Rafizi Ramli yang sedang mencari dan mencipta nama untuk bertanding di Parlimen Johor Bahru pada PRU akan datang, cepat-cepat membuat laporan polis.
Dengan penuh gah, dengan penuh gagah dan dengan penuh kemegahan, laporan polis dibuat di IPD Dang Wangi, bertemankan wartawan dan para penyokong yang mengharapkan pelbagai dokumen bukti akan ditunjukkan kepada mereka dalam usaha membuat lebih banyak tekanan ke atas Jamil Khir Baharom, sekaligus membenarkan tuduhan bahawa Jamil Khir Baharom makan duit anak-anak yatim untuk berjoli katak dan bermain golf di Amerika Syarikat.
Alih-alih, laporan polis yang dibuat, langsung tidak memperkasakan tuduhan-tuduhannya sebelum ini. Sebaliknya, sekadar bertanya 7 soalan yang sekali lagi cuba memberikan gambaran bahawa adalah salah untuk mana-mana Melayu-Islam mendapat elaun besar daripada pelbagai entiti selain menggambarkan YAPEIM adalah sebuah badan yang menguruskan wang derma jariah yang telah disalahgunakan.
Undang-undang negara terdapat akta khusus untuk menangani masalah fitnah iaitu Akta Fitnah 1957. Akta itu membolehkan seeorang dihadapkan ke muka pengadilan sekiranya didapati melakukan perbuatan yang boleh merendahkan diri seseorang pada mata masyarakat; tindakan yang boleh menyebabkan seseorang dicemuh, dihina, dibenci dan dikeji; perlakuan yang boleh merosakkan reputasi dalam jawatan, profesion dan perniagaan seseorang; dan bertujuan merosakkan kredibiliti seseorang.
Jika fitnah itu mengandungi unsur jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Seksyen 499 sehingga Seksyen 502 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-dua-duanya sekali.
Selain itu, mereka yang melakukan perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan negara melalui perbuatan menghasut boleh didakwa mengikut kesalahan Akta Hasutan 1948. Di bawah Seksyen 4 (1) (b), jika disabitkan bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 dan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Menariknya, dalam laporan polisnya, Akmal Nasir memberikan kenyataan kononnya, dia mendapat maklumat setelah membaca kenyataan berkenaan isu yang difitnah itu menerusi media massa dan sosial, sedangkan hakikatnya, dialah yang memberikan maklumat dan sidang media kepada media!!!
Mengapa sudah terbelit dengan kenyataan sendiri? Apakah Akmal Nasir mengharapkan akan ada satu lagi sesi meminta maaf setelah masa terbuang bertahun-tahun dengan pengurusan kes tersebut di mahkamah sebagaimana yang dilakukan oleh Sam Ketot, Tian Chua, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Wan Azizah?
Yang pasti, budak bernama Akmal Nasir sudah tahu, dia terperangkap dengan kegelojohannya membuat fitnah ke atas Jamil Khir Baharom, apatah lagi isu membabitkan Ar-Rahnu Yapeim dan Yapeim Mart, dan Yapeim Gold dilihat sebagai pengancam dan pesaing utama sektor konvensional di mana hanya puak tertentu sahaja menguasainya selama ini.
Cerita hari ini dan seterusnya, kita akan sambung kemudian...
Ini yang di katakana lemparan fitnah...vis-à-vis fitnah. Mereka2 yang sebar dan jga membuat komen juga dapat saham fitnah.
ReplyDeletedah meroyan sbb lama tak kena liwat tu....maklum la bos holiday kt sg.buluh..
ReplyDeletemasalahnya pemimpin di malaysia ialah terlalu lambat memberi respon seolah mereka tiada sumber internet atau pegawai yg memberitahu setiap perkara yg berlaku atau sedang hangat diperkatakan dalam media, atau dalam media alternatif lain ,
ReplyDeleteini menyebabkan berita tersebut berlarutan dan berakar umbi sehingga masyarakat beranggapan ianya benar dan sahih ,
kemudian apabila kes tersebut sudah menjalar balar, tetiba si pemfitnah datang mohon maaf dan sang menteri pun memaafkan, tiada tindakan ..tiada pengajaran , tiada apa yg dilakukan keatas pemfitnah, maka semakin bermaharajalela fitnah, berulang dan berulang ..
rakyat mahu satu tindakan tegas diambil keatas sang pemfitnah, samankah ..atau tindakan lain, kena tegas dalam perkara begini, kalau tidak rakyat akan melihat pemimpin tersebut dan kerajaan amnya memang lemah, lemau, lembik , penakut sehingga boleh dipersenda, dipermainkan oleh sesiapa sahaja
macai bn kena belajar satu perkara.....
ReplyDeletepemimpin bn memang jenis takde teloq, tak percaya tengok je nanti, dgn begitu pemurah pemimpin bn akan memaafkan mereka. lepas tu gigit jari lagimacai 2 bn
AUWWWW.....TELOR DAH MASUK DALAM. JANGAN IKUT MACAM LAPIJI....GURAU GURAU JER. MAMPOS LA KO.....
ReplyDeleteJangan jadi bodoh dan buat tak faham,apa ingat memberi maaf secara publik tu dengan tangan kosong dan air lior saja ke,habih duit lawyer siapa nak bayar.Kita mana tahu bawah kaunter berapa tertuduh dah selitkan kurangx 50% dari jumlah tuntutan saman.Bukan orang UMNO ni tak ada telok,tapi otak mereka berlegar cari keuntungan,jika kes menang dalam court ada kemungkinan jumlah saman tidak sebanyak yang di offer olih tertuduh dibandingkan dengan keputusan Hakim.
ReplyDeleteEh eh bang Jamil.... I gurau je lah
ReplyDelete... usik-usik sikit dah mare ke?.... I bukan tuduh you lah; I tanye je... tak boleh ke?.
.... eeeeh I takut le... bang Jamil.