Pages

Tuesday, November 10, 2015

DYANA SOFYA MENGANDUNG LUAR NIKAH DAN LARI KE LUAR NEGARA? TOLONGLAH JANGAN JADI BODOH!!!



Di media sosial, terutama sekali Facebook, sedang tersebar poster tentang Dyana Sofya, calon DAP untuk PRK Parlimen Teluk Intan lepas dan merupakan antara Melayu yang 'menang' jawatan dalam parti di Selangor menerusi lantikan tanpa sebarang fungsi baru-baru ini.

Perlu diakui, nama Dyana Sofya agak tenggelam kebelakangan ini. DAP menerusi Tony Pua yang telah berterus-terang bahawa mereka akan merampas dan bertanding di 8 kerusi yang sekarang ini dikuasai oleh PAS, memerlukan calon-calon Melayu yang akan membawa logo DAP pada PRU akan datang.

Sesuatu harus dilakukan untuk mengembalikan nama Dyana Sofya sekaligus mempopularkannya kembali.

Sekolah Demokrasi yang diharapkan oleh DAP mampu mengkaderkan seramai mungkin budak-budak Melayu untuk dijadikan pesuruh dan macai mereka, juga tidak mampu menghasilkan nama-nama yang menjadi fenomena di kalangan pengundi-pengundi muda Melayu.

Mahu tidak mahu, satu isu terpaksa dibangkitkan iaitu dengan menimbulkan berita gempar tetapi sudah cukup untuk menjulang nama ikon mereka.

Dalam hal ini, ikon tersebut adalah Dyana Sofya!

Perlu diingat, walau senegatif mana pun berita, ia akan kekal sebagai berita dan publisiti yang akan mempromosikan seseorang. Kaedah ini telah digunakan oleh Anwar Ibrahim dengan berjaya. Malah Lim Guan Eng, Tony Pua, Rafizi Ramli, Nga Kor Ming dan beberapa orang yang lain, turut menggunakan kaedah ini secara meluas.

Khabar angin kononnya, Dyana Sofya mengandung luar nikah sudah pasti akan menarik berbondong-bondong perhatian. Ia akan terus menjadi hangat dan dihangatkan dengan pelbagai teori sebelum Dyana Sofya muncul dan akhirnya menafikan khabar-khabar angin tersebut dan menyalahkan UMNO-BN kerana cuba menfitnahnya.

Isu ini pernah berlaku pada PRK Teluk Intan apabila cytro pro-BN termakan dengan sekeping poster yang menunjukkan seorang wanita berbikini yang dikatakan, wanita berbikini tersebut adalah Dyana Sofya. Setelah gambar tersebut menjadi hangat, Dyana Sofya muncul dan menafikannya sambil membuktikan bahawa wanita di dalam gambar yang sedang tersebar itu adalah pelakon Filipina.

Dalam isu ini, keadaannya juga sama. Sekeping poster Dyana Sofya kononnya mengandung disebarkan hari ini. Ini sebenarnya adalah psywar dan propaganda bagi mengembalikan populariti Dyana yang sudah tenggelam.

Kalaupun benar Dyana mengandung secara haram, kandungannya juga boleh digugurkan dengan kos tidak sampai 10% daripada gajinya bekerja dengan Kit Siang dan DAP.

Teori kononnya Dyana lari ke luar negara untuk lahirkan anak, sebenarnya paling mengarut kerana Dyana belum berkahwin. Dia tidak mungkin akan mahu melahirkan anak luar nikah dan kemudian kembali berpolitik di Malaysia semata-mata untuk menjadi lauk belasahan orang ramai, termasuklah para penyokong DAP sendiri. Tidak mungkin Dyana Sofya sebodoh itu!

Berita karut ini sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu publisiti murahan yang akan mempopularkan Dyana Sofya. Jangan terkejut kerana dalam sehari dua ini, dia akan muncul di sidang media, menangis dan memberitahu dia telah difitnah sambil menghalakan dosa fitnah ini sebagai CIPTAAN UMNO-BN.

Gunakan otak yang waras!!! Jangan terpengaruh dengan berita-berita seperti ini yang jelas, ianya merupakan satu troll yang bertujuan mendapatkan publisiti dan menaikkan nama satu 'makhluk ciptaan' DAP!!!



1 comment:

  1. Mengandung atau tidak, dia tetap sundal laknat pengkhianat Bangsa dan Agama.

    ReplyDelete