Pages

Friday, November 27, 2015

KATA ADA BUKTI KUKUH, KENAPA PULA CHARLES MORAIS LARI KE AMERIKA SYARIKAT?!!!



Charles Suresh Morais yang mendakwa memiliki butiran berkenaan pembunuhan saudara lelakinya, Mendiang Kevin Morais dan kemudian telah cuba dijadikan sebagai BERITA SENSASI menyerang Najib dan kepimpinan negara, dilaporkan telah MELARIKAN DIRI ke Amerika Syarikat.

Itu yang telah disahkan oleh peguam yang mewakilinya, Americk Sidhu.

Menurut Americk lagi, polis telah menghubunginya untuk disoal.

Semalam, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata, PDRM telah meminta Charles Suresh untuk menyerahkan maklumat yang ada dalam simpanannya dan akan menghubunginya menerusi peguamnya, Americk Sidhu sekiranya dia telah pergi ke Amerika Syarikat.

Menurut Khalid lagi, satu siasatan baru akan dibuat ke atas Akuan Bersumpah (SD) yang telah dibuat oleh Charles Suresh. PDRM menurutnya tidak akan dapat bertindak sekiranya Charles Suresh enggan berkongsi maklumat itu dengan mereka.

Dalam SD 18 mukasuratnya, Charles Suresh berkata, mendiang Kevin Moaris sebelum kematiannya, telah menyerah pena pemacu yang mengandungi 'pendedahan mengejutkan dan jelas tentang siasatan yang dijalankan oleh Kevin sebelum dia ditemui mati, yang turut membabitkan personaliti berpengaruh dan berjawatan penting di Malaysia'.

Menurut Charles lagi, pena pemacu tersebut berada di Amerika Syarikat dan dalam simpanan selamat. Di dalam Akuan Bersumpahnya juga, Charles menegaskan bahawa mendiang Kevin telah menyalurkan maklumat-maklumat penting membabitkan kerja-kerjanya terutama sekali kes yang membabitkan individu-individu ang berkuasa.

Mayat Kevn telah ditemui di dalam sebuah tong dram yang dipenuhi simen konkrit di Subang Jaya 13 hari selepas dia diculik ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya dari rumahnya di Bangsar pada 4 September.

Ketika kematiannya, Kevin memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pejabat Peguam Negara di Divisyen Perbicaraan dan Rayuan.

Charles Suresh pada Isnin telah memohon perintah mahkamah bagi bedah siasat kali kedua, tetapi lokasi mayat Kevin dikebumikan tidak diketahui selepas mayatnya dituntut oleh seorang lagi saudara lelakinya, Richard Morais tanpa pengetahuan Charles Suresh dari Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur. (RUJUK SINI)



1 comment:

  1. cakap macam kentut tak ada berfikir. Dia kehilangan seorang abang tidak mustahil nyawa dia pun terancam...... apalagi tindak tanduk kakitangan kuatkuasa kini hanya menambah defisit kewibawaan mereka pada paras dibawah sifar. Ini sudah macam aksi maharaja lawak dah! Hanya manusia yang bodoh seronok diperbodohkan......tak marah ....seronok. Jaga lah nama baik ..... tinggalkan nahi mungkar.

    Anyway u don need to publish.... my target is u.

    ReplyDelete