Pages

Saturday, November 28, 2015

MAKIN LAMA, TUN MAHATHIR SEMAKIN MENGARUT.. CAKAP PUN DAH MULA BERBELIT-BELIT!!!



Bagi penentang-penentang Mahathir dari zaman awal Premiershipnya terutama sekali pada tahun pertengahan 80-an, bahkan pada projek-projek meganya yang dilihat sekadar menjadikan Melayu dan Bumiputera sebagai pekerja kelas kedua dan ketiga sahaja, Mahathir pada hari ini, bukanlah sesuatu yang pelik.

Memang benar Mahathir telah banyak berjasa kepada negara ini. Mahathir telah mempercepatkan pencapaian negara ini secara makro, tetapi dari sudut mikro, khususnya Melayu-Bumiputera telah bertukar menjadi masyarakat yang bersifat kebendaan dan kehilangan banyak masa kerana mengejar materialistik atas alasan, materialistk itulah yang dinamakan kemajuan.

Dan sepanjang tempoh itu jugalah, Melayu kehilangan banyak tanah walaupun pada negara-negara asing, Malaysia mempunyai nama yang cukup harum. Melayu adalah kelompok yang paling banyak dikorbankan, dan tanah-tanah mereka juga paling banyak diambil untuk membangunkan negara di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Melihat dari sudut makronya, Mahathir telah berjaya mengubah Malaysia menjadi sebuah Harimau Timur. Namun dari sudut mikronya, pribumi dan bumiputeranya terpaksa bergigih serta bertungkus lumus kerana terlalu banyak kehilangan di sudut mereka hanya mereka mengejar meritokrasi yang Melayu dan Bumiputera lain, tidak mampu terkejar selepas mereka diasak dan ditekan dari pelbagai sudut.

Sepanjang tempoh 22 tahun pentadbirannya, tiada sesiapa pun kecuali kaum penentangnya yang berani berkata, Mahathir berjaya membangunkan negara hasil daripada pengorbanan Melayu-Bumiputera yang ditagih secara paksa walaupun akhirnya kejayaan daripada keputusan pentadbirannya hanya mampu dnikmati oleh sekelompok manusia Melayu-Bumiputera elit yang sehingga sekarang, tetap dahaga, tetap lapar dan tetap kebuluran tanpa sedikit pun mahu berkongsi atau mewujudkan pewaris yang mampu mengembangbiakkan kejayaan Melayu-Bumiputera.

Memang benar, ramai orang Melayu-Bumiputera yang berjaya keluar dari kepompong hidup kesederhanaan dan mengejar materialistik tetapi melihat kepada situasi terutama sekali kesukaran membeli hartanah hari ini, memperlihatkan kesukaran yang bakal dialami oleh generasi kedua dan ketiga serta seterusnya Melayu-Bumiputera selepas pentadbiran Mahathir. Ditambah pula dengan kekuatan DAP dan kumpulan yang pro mereka, yang semakin hari semakin jelas bersifat lintah darat yang mahu menakluk hak-hak istimewa Melayu-Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bolehlah dikatakan secara ringkas, Melayu-Bumiputera akan bertukar menjadi pengemis di negara sendiri.

Pelbagai skim diwujudkan kononnya untuk membantu Melayu-Bumiputera, tetapi kemudiannya berakhir dengan alasan, orang Melayu-Bumiputera hanya pandai menjadi Alibaba, senang jadi taukeh, dan lebih rela jadi kuli makan gaji. Akhirnya pelbagai skim insentif dan bantuan yang diwujudkan atas nama Melayu-Bumiputera, tetap juga pergi ke kelompok elitis yang sama.

Selepas 22 tahun mentadbir Malaysia dengan corak dan kaedahnya yang tersendiri, selain dibaluti dengan kemasyhuran serta kegemilangan Malaysia di mana Melayu-Bumiputera hanyalah malukut tepian gantang, sebarang perubahan untuk menukar sistem tersebut, amat payah diterima. Bahkan dianggap sebagai tidak mengenang budi dan cubaan menghapuskan legasi pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

Daripada pelbagai projek-projek mega sepanjang 22 tahun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan empat orang Timbalan Perdana Menteri yang mana salah seorang menjadi penggantinya, berapa kerat Melayu-Bumiputera yang ada di dalam projek-projek mega tersebut?

Daripada sekian banyak GLC dan syarikat-syarikat yang diwujudkan pada zamannya untuk menguruskan kewangan dan perniagaan berasaskan Kerajaan, berapa banyak yang dinikmati oleh Melayu-Bumiputera berbanding GLC-GLC tersebut yang sekarang ini lebih mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab sosial mereka berasaskan Melayu-Bumiputera walaupun modal mereka adalah Melayu-Bumiputera?

Mana jutawan-jutawan Melayu yang dihasilkan pada zaman Mahathir? Berapa kerat lagi yang masih tinggal dan sedar mereka mempunyai tanggungjawab untuk membantu anak bangsa berbanding yang tidak kenyang-kenyang dan terus memburu hasil untuk diri sendiri sebelum kemudian mereka mendabik dada, kononnya kejayaan mereka adalah kejayaan diri sendiri?

Mahathir bukan sempurna dan maksum. Bahkan setiap Perdana Menteri yang menjawat jawatan tersebut bermula dari gelaran Ketua Menteri pada tahun 1955 sehinggalah Perdana Menteri pada tahun 2015, tidak lepas daripada berbuat kesilapan dan kerugian kepada bangsa dan negara.


Kalau pada zaman Mahathir, kritikan diberikan kepada Almarhum Tunku dan Hussein Onn kerana mengkritik pentadbirannya, bahkan sanggup pula bersekongkol dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang kalah hanya beberapa undi dalam Pemilihan Agung UMNO, sehingga akhirnya diwujudkan sistem kuota bagi memastikan kedudukan Presiden terjamin dan mutlak sebelum diubah kembali di bawah pentadbiran Najib, mengapa pula Mahathir tidak boleh dikritik apabila dia mula meracau-racau dan bercakap tunggang terbalik?

Selepas mantan Perdana Menteri bercakap tunggang terbalik seperti yang dapat kita lihat sekarang, ia sudah cukup menggambarkan betapa bahayanya kedudukan Melayu-Bumiputera pada zaman hadapan melainkan ada yang berani menyanggah dan keluar daripada acuan yang ingin diterapkannya.

Kepimpinan masakini perlu lebih berani berhadapan, perlu lebih berani menyanggah bahkan perlu lebih tegas menyatakan tentang beberapa 'pembetulan' yang dibuat ke atas kesilapan-kesilapan Mahathir sepanjang tempoh 22 tahun pentadbirannya, terutama sekali yang melibatkan konsensi yang jelas merugikan rakyat untuk tempoh panjang sekalipun dalam tempoh pendek berjaya melonjakkan negara.

Negara ini bukan milik Mahathir, bukan juga milik Najib, apatah lagi milik UMNO. Negara ini milik semua rakyatnya yang telah banyak berkorban segala-galanya. Negara ini perlu mengikut acuan keperluan rakyat semasa dan akan datang, bukannya berdasarkan nostalgia legasi 22 tahun yang akhirnya menyaksikan lebih ramai rakyat yang berputih mata melihat rumah-rumah cantik yang dimiliki oleh rakyat asing berbanding mereka!


6 comments:

  1. ZAMAN TUNKU BANYAK BANGSA ASING JADI KETUA-KETUA KERAJAAN, PENGARAH PENSYARAH, PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI, ZAMAN MAHATHIR KEBANGKITAN ORANG-ORANG MELAYU, BOLEH DIKATAKAN 90 PERATUS BANGSA MELAYU MENGAMBIL ALIH DARIPADA BANGSA ASING. ASN, UIA, BANK ISLAM, PROTON DAN BANYAK LAGI UNTUK ORANG-ORANG MELAYU. NABI BERPESAN TENGOKLAH KEBAIKAN SESEORANG ITU SEBELUM TENGOK KEBURUKANNYA.

    ReplyDelete
  2. Nama parti bukannya spesis makhluk yang hidup seperti manusia. Sebenarnya tiada manusia yang akan dapat hidup selama-lamanya.

    ReplyDelete
  3. Bro nasib baik TunM ni masih ada ,, ofcoz lah manusia ada yg buat silap ada betul tapi in total kebaikan itu lebih dari yg tersilap,,,
    Gua faham ada org yg pro Tun M ada org yg Pro PM,, ini lumrah ,, tapi kita sabagia manusia yg waras harus berani berkata benar wlp pd majikan kita,,, ,
    Gua faham siapa yg dapat tumpang rezeki dgn kabenet PM akan sentiasa mempertahan ka apa sahaja demi utk rezeki,,,
    Tapi ingat adakala kita harus menerima hakikat,, kita boleh menidak kan ramai org tapi jika kita cerdik kita juga boleh menyakin kan kita dgn kesilapan tapi nescaya sehebat mana kita,,, kita tidak boleh menidakan keadaan,,,
    Dalam umno semua akan di hukum jika tidak menyebelahi parti,, lembaga disiplin akn memainkan peranan,,
    Lu tak geli ke bila dengar lembaga disiplin ambil tindakan pada org sendiri krn tidak sehaluan dalam pendapat,,,
    Kan elok lembaga disiplin pergi ambil tidakan pada org politik umno yg ada banyak kenderaan mewah, ada rumah mewah,berjalan kesana kemari dgn lagak,, tidak amanah,,,wahal mrk ini semua asalnya papa kedana,, ini telah melanggar displin parti,, memalu kan parti,, tidak amanah,,, ini tidak berlaku sama sekali kerana ahli poltok umno saling perlu dan memerlukan dan haru bekerja sama utk kepentingan,, termasuk lah lembaga disiplin,,, Fikir fikir kan

    ReplyDelete
  4. Maka itu perlu ada cantasan. Tunas berpotensi untuk meneruskan legasi harus dicantas supaya apabila pokok telah kelayuan, tidak akan ada lagi tunas baru yang akan meneruskan kesinambungan. Itulah yang telah dirancang tapi tunas baru enggan mengaku menerima alasan pokok tua dan enggan mengaku kalah? Kini tunas baru ingin membuktikan kepada pokok tua bahawasanya apa yang di fikirkan dan apa yang dirancang oleh pokok tua tidak semestinya 100% pasti.

    ReplyDelete
  5. TELAN PUNAH LUAH PUN SAMA

    Dikisahkan ada seorang lama yang tinggal serumah dengan anak-anak buahnya, tiba-tiba kelur kenyataan ini: "rumah ini telah sekian lama memenangi pertandingan rumah terbaik, cukup dah tu, berilah can kepada rumah lain untuk memenangi rumah terbaik". Apa reaksi anak-anak buah? 1. Terima seadanya: Kalau terima buat apa masuk pertandingan seterusnya, serbaliknya berikan saja kemenanganm percuma kepada lain-lain rumah.
    2. Tidak terima: Kalau tidak terima, tidakkah itu tanda tidak menghormati orang lama.

    ReplyDelete
  6. mengarut apa bro???
    siapa yang jual tanah2 dan ipp dari pemilikan tempatan ke pemilikan asing?
    harta rakyat malaysia dijual kepada syarikat negara china
    baik jual negeri kepada negara asing!! biar kita takdak negari lagi
    pandai sangat kah najib berniaga?

    ReplyDelete