Serangan LGE atas nama DAP kepada PAS bukanlah perkara baru. Malah setiap minggu jika beliau tidak sebut PAS mahu bergabung dengan UMNO memang tidak sah dan nampak pelik. Pemuda PAS sungguh terhibur dengan lawak PAS-UMNO yang tiada berkesudahan sejak 2008. Hampir 7 tahun berlalu, gossip PAS bergabung dengan UMNO dimainkan daripada PAS bersama dalam Pakatan Rakyat hingga bersendirian.
PAS kekal istiqmah dengan perjuangannya tanpa sedikit pun ruang untuk bergabung dengan UMNO seperti yang dicita-citakan oleh LGE. Memang pelik bila DAP lebih bersungguh mahu PAS bergabung dengan UMNO berbanding orang PAS sendiri, mereka pula yang lebih ghairah bermimpi hingga melupakan tanggungjawab mereka dalam menguruskan amanah rakyat dan parti mereka sendiri.
Kini mereka mahu membuang PAS di Pulau Pinang dan Selangor. Sepanjang 7 tahun difitnah, PAS kekal bersama mempertahankan Kerajaan Selangor, berjuang mempertahankan Kerajaan Perak yang digulingkan, menyokong dasar-dasar positif Kerajaan Pulau Pinang.
Namun, semua itu mereka padamkan dari sejarah, hanya kerana dendam selepas PAS menolak calon MB Selangor dari DAP dan PKR. Selepas PAS mengisytiharkan untuk membawa undang-undang hudud Kelantan ke Parlimen. Selepas PAS umumkan sikap berkecuali bagi cadangan Bajet 2016.
DAP memang suka dilihat sebagai parti yang suka cari gaduh dengan rakan-rakan sekutu mereka dan cuba menunjukan perangai “Abang Besar” dalam Pakatan. Tidak cukup dengan PAS, kini DAP mula menyerang PKR di Pulau Pinang pula dan menuduh 5 Adun PKR yang mengambil keputusan berkecuali dari menolak usul tebus guna tanah seluas 2,600 hektar untuk diperdebatkan secara umum. Sekaligus DAP menuduh bahawa 5 Adun PKR ini menyokong dan bersekongkol dengan UMNO yang mengemukakan Usul berkenaan. Asal berkecuali atau tidak menyokong mereka, pasti akan dikatakan menyokong UMNO.
Sebelum itu, pada persidangan DUN Pulau Pinang Mei lepas Kerajaan DAP telah mengugurkan 4 dari 5 usul yang dikemukakan oleh Adun PKR (Penanti), Norlela Ariffin hingga mencetuskan rasa ketidakpuasanhati dan menunjukan sikap ‘double standard’ DAP Pulau Pinang terhadap usul-usul yang dikemukakan oleh Adun-adun selain dari DAP. DAP semakin angkuh khususnya di Pulau Pinang dan cuba membolot semua keputusan-keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri hingga mengenepikan hak parti-parti Pakatan lain untuk bersuara.
Sikap DAP inilah yang merosakkan hubungan Pakatan Rakyat selama ini dan pasti akan terus menjadi duri dalam daging dalam Pakatan Harapan yang menjadi pentas lakonan baru mereka. Mereka sanggup bergabung untuk dapatkan kuasa, dan bila sudah dapat kuasa mereka akan tunjuk perangai besar kepala.
PAS juga mengingatkan agar DAP turut melihat kepincangan dalam organisasi mereka sendiri, di mana amalan demokrasi yang gagal begitu terserlah sebelum mempersoalkan dasar-dasar PAS. Jika pemilihan PAS mengangkat dan menolak pemimpin yang sepatutnya, pemilihan DAP Selangor pula berlaku sebaliknya. Tony Pua yang menduduki carta undian nombor 8, jauh di belakang Gobind Singh Deo diangkat sebagai sebagai Pengerusi DAP Selangor sekaligus menidakkan mandat perwakilan yang memilih pemimpin terbaik mereka. Nampaknya nama parti itu, “DAP - Parti Tindakan Demokratik” perlu ditukar sebagai Parti Tindakan Kuku Besi!
DAP yang juga bangga mencanangkan bahawa parti mereka kini mendapat sokongan masyarakat Melayu ternyata masih gagal menempatkan pemimpin Melayu dalam kalangan kepimpinan mereka melalui proses undian. Tiada satu pun pemimpin Melayu diterima dan diberikan mandat dalam pemilihan DAP Selangor dalam sesi pemilihan baru-baru ini. Slogan DAP ingin membawa perubahan kepada negara ini masih gagal diterjemahkan dalam pemilihan mereka, dan rakyat masih melihat DAP sebagai parti perkauman yang hanya mengunakan segelintir orang-orang Melayu untuk meraih undi bagi kemenangan mereka.
Segelintir pemimpin DAP juga begitu angkuh mengumumkan mahu bertanding di kubu-kubu PAS pada PRU akan datang. Marilah bertanding demi melunaskan dendam kesumat. Penyakit orang gila seperti ini, yang hanya mementingkan diri sendiri hingga membelakangkan kehendak rakyat seperti dalam isu MB Selangor bakal memberikan kerugian kepada diri mereka sendiri dan secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada UMNO dan BN. DAP jelas tiada isu hendak dibangkitkan untuk menyerang PAS melainkan gosip PAS bergabung dengan UMNO.
PAS berharap agar pemimpin-pemimpin politik hari ini bersikap matang, dan menjaga parti masing-masing. Carilah isu-isu yang lebih konkrit untuk menewaskan PAS dan bukannya sekadar mengulang-ulang cerita lama yang tiada berkesudahan. Sibuk kata PAS bergabung dengan UMNO, akhirnya bila ombak besar tiba, mereka sendiri tercampak keluar dan hanyut di bawah telunjuk DAP yang koyak rabak dengan pelbagai masalah dalaman. Begitulah hebatnya takdir Allah. Sedikit demi sedikit, kebenaran itu muncul dan memalukan diri mereka. Maka bersabarlah wahai ahli PAS. Allah bersama dengan kita. Biarkan DAP dan sekutunya terus bermimpi PAS Bergabung dengan UMNO.
“
“
IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Pelok tuboh...berlagak sombong punya Ir. ..cakap pon melangit. ...kalau ko bertahaluf siasi dengan Umno yang Muslim kan kah itu lebih baik..dulu bertahaluf siasi dengan Kuffars juboq pon dah melengas. .bodo punya olang
ReplyDeletePAS- parti anti SeAgama
ReplyDelete