Pages

Friday, November 20, 2015

POLIS BOLEH PANGGIL NURUL IZZAH BERHUBUNG PERTEMUANNYA DENGAN JACEL KIRAM PADA BILA-BILA MASA!!!



Melaka: Polis boleh memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bila-bila masa untuk menjalankan siasatan mengenai pertemuannya dengan puteri Jamalul Kiram III, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya memantau perkembangan yang berlaku selepas kunjungan Ahli Parlimen terbabit ke atas 'puteri' sultan Sulu, Jacel Kiram yang tersebar di media sosial.


"Kita juga mahu tahu apa sebab dia mengadakan pertemuan sedangkan kita tahu yang bapanya adalah panglima yang mengetuai pencerobohan (Lahad Datu)," katanya ketika ditemui di Banda Hilir, di sini.

Khalid berkata, pihaknya juga boleh bertindak memanggil Ahli Parlimen terbabit untuk memberi keterangan tanpa memerlukan laporan dibuat oleh mana-mana pihak. (SUMBER)


3 comments:

  1. Agak bodoh juga je Nurul Izzah ni...apalah dia fikir masa dia amik gambar dgn anak pembunuh tu?

    ReplyDelete
  2. Pembangkang mendakwa Tragedi Lahad Datu dan Sultan Jamalul Kiram Sulu adalah suatu sandiwara UMNO dan Kerajaan. Jd soalan pd Nurul Izzah: Adakah anda serta keluarga anda Anwar Ibrahim dan Wan Azizah serta parti PKR adalah suatu sandiwara yg dicipta oleh UMNO?

    ReplyDelete
  3. Btw anak perempuan Jamalul Kiram x tau ke betis kaki sebahagian aurat. Nape kaki seluar tu senteng sangat?

    ReplyDelete