Tun Mahathir meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan nama yang harum walaupun para penentangnya tetap menyalahkan Tun Dr. Mahathir dalam banyak isu, tidak sahaja membabitkan isu Anwar Ibrahim, tetapi juga kemajuan negara yang perlu ditanggung oleh rakyat sepenuhnya namun hasilnya dinikmati oleh sekelompok insan-insan terpilih di bawah telunjuknya semata-mata.
Ramai sebenarnya yang mengharapkan Tun Mahathir berhenti dan bersara daripada politik tanpa perlu menggunakan alasan demi negara dan bangsa kalau tidak pun agama. Ini adalah kerana semakin terbukti sekarang ini, apa-apa sahaja yang diperkatakan dan diperjuangkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah demi kepentingan kelompok tertentu yang telah menjadi pacat dan parasit kepada rakyat negara ini.
Ada pihak yang
Namun, membiarkan Tun Dr. Mahathir dan kumpulan-kumpulan yang menjadi tukang cucuk, tukang hasut dan tukang yang berkepentingan, termasuklah mereka yang sekarang ini berdalih kononnya mereka tidak membenci UMNO tetapi mahukan Najib letak jawatan, juga tidak akan memberi nilai tambah kepad UMNO dan Najib, baik secara jangka pendek apatah lagi jangka panjang. Bahkan semakin mencelarukan negara dan rakyat negara ini.
Sebaliknya, semakin ramai yang bosan dengan kaedah politik UMNO masa kini. Dengan permasalah pemimpin terutama sekali pemimpin-pemimpin muda yang bergaya dengan kenderaan-kenderaan mewah walaupun baru sahaja menjawat jawatan menerusi UMNO namun mutu kerja untuk parti, amat mengecewakan sehinggalah kepada golongan yang sangat bijak dan pandai tetapi sekadar hebat di dalam media sosial namun gagal menyelami kehendak dan keperluan akar umbi, masalah demi masalah yang dicipta, menimbun pula masalah yang diwujudkan pula oleh kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro-Tun.
Beberapa pihak telah mendedahkan tentang projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Pendedahan tersebut sebenarnya sudah lama dibuat, tetapi sebelum ini tidak popular dan kurang diberikan perhatian kerana pada ketika pendedahan dibuat, tiada media sosial seperti hari ini di mana semua orang boleh membaca dan menyebarkannya.
Begitu juga dengan projek Plaza Rakyat yang sehingga ke hari ini masih lagi menjadi projek tak siap-siap. KLCC yang akhirnya terbukti, bukan untuk Melayu-Bumiputera. Dan seribu satu macam projek-projek mega yang keuntungannya hanya dinikmati oleh puak-puak tertentu.
Projek penswastaan yang dicipta pada zaman Tun Dr. Mahathir, kini menjadi satu dosa walaupun dasar penswastaan itulah juga yang meletakkan negara ini berada dalam keadaan sekarang.
Semuanya ada bersebab dan sebab-sebab tersebut juga berpunca daripada tindakan Tun Dr. Mahathir
Paling ketara ialah yang melibatkan kepentingan EMPAT NAGA BESAR dalam isu IPP yang melarat-larat kepada 1MDB dan penggunaan khidmat portal luar negara dalam usaha melakukan tekanan ke atas Najib.
Jasa-jasa Tun Dr. Mahathir tidak boleh dinafikan sama sekali.
Justeru, tolonglah sesiapa yang berkenaan, janganlah kacau dan ganggu Tun Dr. Mahathir
Semuanya telah ditentukan oleh Allah Taala. Rakyat Malaysia bukanlah sebodoh dan senaif yang disangkakan oleh Tun Dr. Mahathir. Mereka bijak memilih dan mereka juga tidak gentar untuk merisikokan diri sendiri sepertimana yang berlaku di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.
Jangan kata, zaman Tun memerintah, majoriti adalah 2/3 kerana pengundi-pengundi 2/3 pada zamannya ramai daripada mereka sudah berpindah alam. Yang mengundi sekarang adalah 2/3 yang cuma hidup pada penghujung zaman pentadbiran Mahathir. Malah lebih ramai yang membesar dengan alam penentangan ke atas pentadbiran Mahathir serta penyelewengan kuasa Anwar Ibrahim!
Sudah-sudahlah Tun Mahathir... jangan dirosakkan lagi kehidupan sang mantan PM itu. Bantu dia untuk mendapatkan kebahagiaan pada penghujung hayatnya, bukannya menyibukkan dia dengan urusan dunia yang tidak akan selesai!
Seingat saya dulu ketika jadi PM ada org tanya bila nak retire. TM ckp kerja sampai mati. He is a workaholic.
ReplyDeleteTapi kita pon doa untok TM semoga mati dlm keimanan. Let him retire with grace.
ingat tun jenis mudah dipergunakan mcm anda ke wahai blogger pemakan dedak najib? sudah2 la jangan rosakkan umno,1mdb biar najib sendiri je yg jawab jgn nk libatkan umno ok!
ReplyDeletehahhaa...lawak2
ReplyDeleteBetul tu...dan antara mereka yg oportunis ialah Kadir Jasin, Zainudin Maidin, Sanusi Junid-manusia yg gagal dgn idea bodoh tanam padi atas bumbung, Rafidah Aziz yg sibuk cakap psl ketelusan kerajaan tp diri sendiri bergelumang dgn isu anak menantu bolot AP, Shafie Apdal yg anak dia kaya giler, Muhyidin Yasin yg hnya pandai bercakap tp buat kerja hampas termasuk gagal dlm Program belia masa jd Menteri Belia & gagal dgn program Bestari net waktu jd Menteri Pelajaran dll pencacai..ni semua tabiat manusia2 yg kecewa dan gagal...dan yg paling celaka..kaki kipas dia ialah Cina2 DAP dlm Malaysian Insider & Malaysiakini..dan Cina2 MCA dln Mstar Online yg hari2 menghasut dlm diam...tak caya baca lah Mstar Online...portal berita kaki hasut paling bangsat...
ReplyDeleteSeseorang pesara sebaiknya menyebukkan diri dalam kerja2 amal dan kebaikan. Itu lebih baik dan mulia daripada menyibukkan diri dalam politik kroni yg keji dan fitnah yg mengundang dosa dan mengelirukan rakyat.
ReplyDeleteSalammualaikum,
ReplyDeleteMintak maaf byk2...sbb saya ni orang biasa saja tidak ahli mana2 parti...namun baru2 ni saya bermimpi dlm mimpi itu saya bertemu dgn seseorang, tapi tak pasti siapa orang itu(tak kenal)...tiba2 saja dia beritahu saya yg jika DSN yg menjadi PM selama mana TDM jadi PM ...kita semua akan lebih selamat. Itu saja kata dia.
Tun bukan bodoh macam hang wahai blogger. Dia memikirkan utk tutup mata dalam keadaan org Melayu terbela, itu sbb dia terus berjuang hingga sekarang. Org Melayu ketinggalan berbanding bangsa lain sebab pemalas dari dulu sampai skrg. Tun dah bagi peluang utk semua org Melayu bukan setakat kroninya saja. Amalan utk dibawa keakhirat bukan boleh dibuat secara menunjuk-nunjuk. Awak ini mesti blogger muda mentah yang berumur 30an dan tak pernah susah semasa kecil. Budak hingus.
ReplyDeleteAnon 8.47 PM
ReplyDeleteTM adalah Pengerusi Kebangsaan Perkim tapi sayang beliau tidak mempedulikan
langsung hanya sekadar menghadiri mesyuarat setahun sekali. PERKIM satu2 Pertubuhan yang memerlukan poerhatian manusia seperti TM.
ZAMAN TUNKU, TUN RAZAK DAN HUSSEIN OON MENJADI PERDAMA MENTERI BANYAK PELUANG DIBERI KEPADA BANGSA ASING, SAYA MASIH INGAT LAGI TAHUN TUJUH PULUHAN, KALAU KITA PERGI KE PEJABAT KERAJAAN CUMA SATU ATAU DUA ORANG SAJA BANGSA MELAYU YANG BERTUGAS, TETAPI SEMENJAK MAHAHTIR MENJADI PERDANA MENTERI BOLEH DIKATAKAN 90 PERATUS MUKA ORANG MELAYU, DI PEJABAT KERAJAAN, SWASTA, DI UNIVERSITI-UNIVERSITI, KAKITANGAN ATAU PUN PELAJAR, ASN, PROTON, UIA, BANK ISLAM SEMUA UNTUK ORANG MELAYU, NABI BERPESAN TENGOK DULU KEBAIKAN SESEORANG ITU SEBELUM TENGOK KEBURUKANNYA.
ReplyDeleteChai tfk...
ReplyDeleteIngatlah perbuatanmu akan di hisab pada hari akhirat nanti diatas segala kemungkaran dan segala fitnah yang nko taburkan tu...
Bersediakah kamu tfk?
Anon 8:47 Dan hang jg bkn secerdik tun , Kkdng kebodohan sseorng akn terlihat dengan sendrinya tanpa perlu orng lain megatakan yg dia bodoh , ini lah yg sedang berlaku pd tun sekarang
ReplyDeleteIngatlah......Allah dah cakap manusia tu kalau umur nya semakin lanjut.....kelakuan nya akan menampakkan keadaannya menjadi ke akal kanak2 melainkan kiranya orang itu seorang yang warak ,alim dan suka ke majlis ilmu...bukan hadiri party birtday yang bermaksiat....serta menyibukkan diri untuk dunia sahaja....mcm admin kata....sudah2 lah. Jangan lah Mahadey ni dipergunakan seperti Tunku Abdul Rahman..diusung ke san ke sini ketika ingin menjatuhkan Mahadey.....nampak tak peristiwa berulang kembali cuma pelakonnya nya berlainan...itulah ketentuan Illahi...
ReplyDelete