Pages

Tuesday, November 17, 2015

UJIAN PENGUASAAN BAHASA KEBANGSAAN PERLU DIBUAT KE ATAS AHLI PARLIMEN KHUSUSNYA DAP APABILA AHLI PARLIMEN DAP BANDAR KUCHING SECARA MELULU PUTARBELITKAN PERLEMBAGAAN NEGARA!!!



Klip video di atas membuktikan bagaimana Ahli Parlimen DAP dari Bandar Kuching yang juga merupakan Pengerusi DAP Sarawak secara terang dan nyata menunjukkan yang dia bukan sahaja tidak faham tentang Perlembagaan Persekutuan yang telah meletakkan Bahasa Kebangsaan sebagai asas Perlembagaan terutama menerusi Artikel 152, tetapi juga penggunaan Bahasa Inggeris di dalam konteks perundangan dan penggunaan di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak menerusi Artikel 161.

Dengar dan perhalusi ucapannya yang berapi-api tentang haknya sebagai 'Sarawakian' tanpa dia peduli apa pula yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan terutama yang membabitkan Artikel 161.

Dia langsung tidak tahu tentang 'sepuluh tahun selepas Hari Malaysia' dan 'sepuluh tahun selepas Hari Merdeka' yang terkandung di dalam Artikel-Artikel 161 dan 152 Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang mahu dibuktikan oleh Chong Chien Jien sebenarnya adalah kebiadapan dan langsung tiada perasaan hormat kepada asas-asas negara ini.

Sebab itulah, dia gagal menghormati Lagu Kebangsaan apabila menyatakan, dia tidak faham lirik Lagu Kebangsaan dan mempersoalkan Lagu Kebangsaan. (BACA DI SINI)


Walaupun berapi-api dengan Bahasa Inggeris, namun pertuturannya dalam Bahasa Inggeris pula, tidak ubah seperti apek totok yang baru belajar kenal yes, no, allright, thank you!

Sebenarnya bukan Bahasa Inggeris yang mahu ditonjolkan oleh Chong Chien Jen, tetapi penentangannya ke atas Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, Parlimen seharusnya mengusulkan agar setiap Ahli Parlimen dipastikan mempunyai kemahiran Bahasa Melayu memandangkan mereka adalah penggubal undang-undang di negara ini. Mereka perlu menduduki peperiksaan khas dan sesiapa sahaja di kalangan mereka yang gagal berbahasa Kebangsaan seperti yang ditunjukkan oleh Chong Chien Jen tidak dibenarkan sama sekali berada di dalam Dewan Rakyat, sekaligus menggugurkan kesahihan mereka sebagai Ahli Parlimen!!!

Ada berani?


4 comments:

  1. Tak payah tunggu sampai dah jadi MP baru nak uji kemahiran berbahasa kebangsaan.
    Patutnya perlu diuji dan lulus sebelum dibenarkan bertanding dalam pilihanraya.
    Mamat dapigs sekor ni memang cinapek cilaka dari cina selatan....kurang ajar dan biadap memang amalan harian si laknat ni.

    ReplyDelete
  2. Banyak dah perkara yg mereka nak tentang , perundangan islam , hak bumiputra, bahasa kebangsaan dll , kita tak pernah kacau pun ugama mereka ,budaya mereka kekayaan mereka , saja mereka nak tunjuk mereka lebih berkuasa daripada undang undang malaysia

    ReplyDelete
  3. Chong bukan setakat tak pandai BM beliau B.Inggeris beliau pun kacau bilau.Beliau tak guna masa 10 minit dlm Dewan utk membahaskan isu2x rakyat tetapi lebih mengutarakan perkara retorik yg hanya penting bagi politik beliau.He has no substance.Banyak bercakap bohong.Malulah kita jika wakil rakyat hanya sekadar punya pandangan sempit spt Chong.

    ReplyDelete