Pages

Tuesday, December 1, 2015

12 TAHUN SELEPAS PEMBUNUHAN NORITTA SAMSUDDIN, SIAPA PEMBUNUHNYA MASIH BELUM DIKETAHUI SAMPAI KINI!!!



Beberapa hari lagi genaplah 12 tahun allahyarham Norita Samsudin menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Nombor D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria, Jalan 17, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Aku takkan lupa kes pembunuhan ini kerana ia paling sensasi dan paling menarik perhatian sepanjang aku bergelar wartawan jenayah.

Segalanya bermula apabila satu pasukan polis yang diketuai Pegawai Penyiasat Kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Asisten Supritendan Sharul Lalli Masduki bergegas ke kondominium itu 5 Disember 2003 setelah menerima maklumat terdapat kes pembunuhan di kediaman tersebut.


Sesampainya di sana, Sharul terus menuju ke bilik gadis tersebut lalu membuka pintunya dan mendapati sekujur tubuh wanita yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Noritta dilihat berselimut hingga paras leher. Mangsa berada dalam keadaan terlentang di atas tilam tanpa katil. Hanya bahagian muka kelihatan, kepala mangsa menghadap tingkap bilik dan mangsa terbaring hampir ke dinding dengan kedua kakinya diikat dengan wayar dan coli berwarna hitam. And the rest is history.

Aku yang bertugas sebagai wartawan jenayah dan jurugambar Kapten Kapitanadalah antara beberapa petugas media yang paling awal sampai di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat liputan kes berkenaan. Malah aku satu-satunya wartawan di bilik mayat tersebut yang berpeluang melihat sendiri wajah mangsa dan mengusungnya selepas dikafankan serta selesai proses bedah siasat. Seperti mana Allahyarham Yus Jambu, Noritta juga adalah anak kelahiran Perlis dan jenazahnya juga dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halamannya di sana.

Maaf, aku tak mahu mengulas panjang mengenai kes ini kerana benda dah pun berlalu dan banyak perkara yang tak sesuai untuk ditulis di sini. Cuma aku agak terkilan kerana sehingga kini, selepas 12 tahun, pembunuhnya masih 'BEBAS' di luar sana dan sampai ke sudah kita semua tertanya-tanya, siapa sebenarnya yang membunuh Noritta?


Satu-satunya suspek, seorang jurutera MBSA yang ditangkap polis, akhirnya terpaksa dibebaskan setelah mahkamah mendapati kemungkinan terdapat 'lelaki lain' yang melakukan pembunuhan tersebut. Walaupun terdapat bukti kehadiran DNA suspek berkenaan, namun terdapat satu lagi bukti DNA seorang lelaki yang tidak dikenali pada jasad mangsa dan 'lelaki yang tidak dikenali' inilah yang gagal dikesan hingga ke hari ini.

Memang banyak rumours, memang banyak gossip dan andaian - namun akhirnya yang mahkamah mahu lihat adalah bukti dan bukannya dengar cakap atau 'hearsay' semata-mata.

Al-Fatihah buat Noritta Bt Samsudin. Moga suatu hari mereka yang bertanggungjawab atas kematiannya, dapat dibawa ke muka pengadilan dan menerma hukuman yang setimpal atau perbuatan mereka. Wallahualam.
.
SAK: Apakata kita SHARE ramai-ramai cerita ni, biar 'pembunuhnya' tahu yang kita takkan lupa perbuatannya walau sampai bila-bila pun!

SHAHRIL A. KADIR


3 comments:

  1. X payah la share..xde faedah.. Tuhan maha Adil..dpt lari di dunia je..azab akhirat menanti pembunuh

    ReplyDelete
  2. Ya betul...di dunia kau ada kuasa kerana wang dan pangkat, kau bolih beli semua itu.di akhirat kau jawap lah sendiri kerana wang kau dah tidak bernilai.....al fatihah

    ReplyDelete
  3. Ade kemungkinan tak yg hanif ni yg msokkan air mani org lain kt arwah? Utk lepaskan diri sndr (kes cemburu) cemburu gila babi ni kdg boleh buat benda yg tak dicapai dek akal. Wallahuaalam

    ReplyDelete