Lim Kit Siang?
Dia pura-pura pekak dan kononnya itu bukan masalah.
Tony Pua?
Tony Pua masih mencari-cari isu baru yang boleh dibangkitkan untuk menutup isu DAP dan Israel yang lebih awal didedahkan oleh orang DAP sendiri sebelum PRU-13 dahulu lagi.
Pendedahan yang dibuat oleh Dr. Zuhdi Marzuki bukannya pendedahan baru. Dr. Zuhdi hanya memperbaharui fakta yang cuba ditutup dan diselindungi oleh DAP daripada pengetahuan orang ramai, samalah seperti PKR dan Anwar Ibrahim cuba menyembunyikan pelbagai bentuk kewangan dan taktikal selain sokongan moral daripada pelbagai agensi yang mempunyai kaitan dengan Zionis Amerika Syarikat dan Jerman. (RUJUK SINI)
Cubaan DAP untuk menipu kononnya kesemua dananya berasal daripada jualan meja makan malam, kutipan derma dan potongan gaji langsung tidak terpakai memandangkan jumlah yang dibelanjakan oleh DAP sepanjang tahun 2008-2015 secara kasarnya mengatasi jumlah yang mampu dikutip. Tiada sesiapa pun yang percaya, hatta mayat reput dalam liang lahad, bahawa segala perbelanjaan dan kewangan DAP datangnya daripada sumber-sumber berkenaan.
Ditambah pula dengan berkembang biaknya industri lendir dan maksiat di kawasan-kawasan yang DAP kuasai!
Dr. Zuhdi Marzuki mengulangi pertanyaan daripada dakwaan bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng sendiri iaitu Mohamed Razali Abdul Rahman yang sehingga kini tidak dijawab-jawab oleh DAP.
“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.
“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambah beliau, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.
Katanya lagi, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.
“Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.
Tidak menjawab pertanyaan tersebut, DAP menerusi Ketua DAPSY Perak, Howard Lee Chuan How menggunakan taktik sedia ada iaitu mengaitkan Zuhdi dengan UMNO. Zuhdi segera dijadikan sebab untuk mengaitkan UMNO dengan Israel pula sedangkan yang jelas menyokong Israel adalah DAP terutama menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Nga Kor Ming beberapa hari lepas ekoran keengganan Kerajaan Malaysia memberikan visa kepada dua pelayar Israel untuk menyertai pertandingan kapal layar di sini.
Pertanyaan Zuhdi tidak dijawab. Dakwaan Mohamed Razali tidak pernah dibalas, malah Mohamed Razali sendiri tidak pernah diheret ke mahkamah untuk disaman walaupun saman fitnah adalah salah satu daripada rukun wajib DAP.
Zuhdi jadi mangsa dan pengalihan isu telah dibuat oleh DAP... DAP dalam duk sibuk dana politik orang lain, langsung tidak berani menjawab berhubung isu dana politik yang mereka sendiri terima.
Zuhdi jadi mangsa dan pengalihan isu telah dibuat oleh DAP... DAP dalam duk sibuk dana politik orang lain, langsung tidak berani menjawab berhubung isu dana politik yang mereka sendiri terima.
Pres PAS video besi tak mahu berpeluk peluk dgn LKS lagi kah? Kalau berbaik dapat juga cuci mangkok pinggan DAP. Timb Pres PAS inilah masa terbaik nak dapat duit DAP. Duit UMNO haram sampai akkhirat.
ReplyDeleteKalau jawap kantoi makanya elok buat buat pekak. Lagi pun om puteh kata silence is elegance, kih kih
ReplyDeleteSensasi isu ini ... Shoot them till die
ReplyDelete