DJ Radio tersebut bersetuju untuk ditemu ramah dan berharap semoga kisah ringkas beliau dapat memberi inspirasi dan semangat kepada mereka yang ingin memeluk agama Islam.
Nama asal beliau adalah Aaron Samuel A/L Mariyaras. Beliau memilih untuk tetap menggunakan nama yang sama setelah memeluk agama Islam cuma ditambah dengan nama Muhammad di pangkalnya. Dan nama beliau yang terkini adalah Muhammad Aaron Samuel Bin Mariyaras.
Beliau berketurnan Cina dan India. Bapanya berbangsa India dan ibunya berbangsa Cina. Maka terhasillah keturunan Melayu iaitu dirinya, beliau berseloroh sambil ketawa.
Kami tidak pernah mengetahui tentang siapa sebenarnya Aaron kerana Dr Fathul Bari merahsiakan identiti beliau sehinggalah Aaron sendiri yang memberi respon di Page Facebook Dr Fathul Bari tentang video tersebut.
Rupa-rupanya beliau telah meminta kepada Dr Fathul Bari dan hadirin yang ada pada ketika itu supaya tidak menghebahkan tentang penukaran agama beliau kepada Islam kerana beliau khuatir respon keluarganya yang mungkin akan terkejut dan beliau sendiri perlukan sedikit masa untutk menyesuaikan diri selain beliau risau dituduh mengejar populariti. Mereka yang hadir menghormati akan permintaan Aaron dan kisah beliau tidak diketahui sehinggalah kini iaitu setelah setahun lamanya.
Aaron kini bersedia untuk berkongsi kisahnya mencari tuhan yang abadi, dan kami dari team DFB mengalu-alukan bahkan kami kira semua umat Islam sangat mengalu-alukan kedatangan saudara Aaron kepada agama Islam.
Kami dari taem DFB juga sangat kagum dengan usaha dan kesabaran saudara Aaron menempuhi pelbagai cubaan dan rintangan dalam mencari agama dan berkat usahanya akhirnya Allah 'datang' kepadanya dengan memudahkan beliau untuk memeluk agama Islam. Seperti sabda Nabi, dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu;
"Allah Taala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatinya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat). Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat." [HR. Bukhari no. 6970 dan Muslim no. 2675]
Kami mengesyorkan Aaron dan saudara baru yang lain supaya berdoa sebagaimana yang diajarkan Nabi apabila seseorang memeluk agama Islam seperti berikut;
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي
Allahummaghfirlii, warhamnii, wahdinii, wa 'aafinii, warzuqnii
Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk padaku, selamatkanlah aku (dari berbagai penyakit), dan berikanlah rezeki kepadaku.
Dari Thoriq bin Asy-yam radhiyallahu anhu, dia berkata,
كَانَ الرَّجُلُ إِذَا أسْلَمَ عَلَّمَهُ النَّبيُّ – صلى الله عليه وسلم – الصَّلاَةَ ثُمَّ أمَرَهُ أنْ يَدْعُوَ بِهؤلاَءِ الكَلِمَاتِ : (( اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي )) .
"Jika seseorang baru masuk Islam, Nabi sallallahu alaihi wa sallam mengajarkan pada beliau solat, lalu beliau memerintahkannya untuk membaca doa berikut: "Allahummaghfirlii, warhamnii, wahdinii, wa 'aafinii, warzuqnii."" [HR. Muslim no. 35 dan 2697]
Kami mengucapkan selamat datang. Kami mendoakan semoga Allah memberi petunjuk kepada anda dan kepada kami. Semoga Allah memudahkan anda dalam mempelajari agama, memberikan kesabaran, beristiqamah di atas jalan Allah dan semoga lebih ramai yang memeluk agama yang benar ini melalui anda. Allahu Akhbar.
Barakallahufikum.
-Admin DFB
Versi Facebook: https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1057549087623252/
Versi Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=Yb2LVZnfDxQ
Saya bangga dengan khalipah bani melayu, dato' seri najib. Sungguh hebat beliau meng islam kan seorang dj...hidup bani melayu...
ReplyDeleteSaya bangga dengan khalipah bani melayu, dato seri Najib yang berjaya mengislamkan seorang dj...hidup bani melayu... cuma yang perlu di perbetulkan kepada dj ini ialah masuk islam bukanlah masuk melayu... mustahil dj itu boleh jadi melayu automatik bila peluk islam...diharap akan ada pihak yang boleh perbetulkan pemikiran dj ini...apapun tahniah kepada Dato' najib dan dj tersebut...
ReplyDeleteabis ko nk suruh aku sokong najib jugak ke dgn cerita mcmni..
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteaik?baru masuk Islam dah bertanda di dahi seolah2 dah bertahun2 solat?ni apa drama lak ni?nak bagi tau najib yg solat saf sengaja dijarangkan sbb status punya akhlak yg sgt mulia ker?kami rakyat tak peduli berita mcm ni.yg kami nak najib berhenti menyusahkan rakyat.kalau tak mau turun pun tolong berhenti menyusahkan kami!blogger tolong jgn post berita2 yg tak boleh meringankan beban rakyat.
ReplyDeleteBaca balik sejarah melayu pada mula2 lagi, bermula dari bangsa Mala jawi dari Keturah isteri Rasulullah Ibrahim As... Pada ketika itu terutama nya di borneo, sesiapa yg memeluk agama Islam akan dipanggil Melayu, Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu...maka x salah apa yg difikirkan oleh Dj tersebut...mungkin dia dah mengkaji sejarah bangsa Melayu awak... Saya sendiri juga adalah seorang mualaf ayah India mak pulak Bidayuh, saya memeluk agama Islam...hampir sama cerita nya, selepas setahun barulah org disekeliling terutamanya keluarga mengetahui saya sudah peluk Islam... Jazzakallah
ReplyDelete