Tak kisahlah anda sokong Muhyiddin Yassin, pentaksub Mahathir-YTL atau anda menyokong Najib Abdul Razak...
Dan tak kisahlah sama ada orang UMNO totok, UMNO jelmaan, UMNO sekutu, mahupun UMNO Jadi-Jadian...
Yang pasti, anda tentu nampak dan tahu apa yang berlaku sepanjang minggu di PWTC, terutama sekali yang melibatkan usaha-usaha memecahbelahkan UMNO dengan mendendangkan fitnah-fitnah popular dengan alasan-alasan tersendiri.
Antara fitnah 'terbaik' yang dibuat menjelang berakhirnya PAU pada tahun ini adalah melibatkan Hishamuddin Hussein Onn, Naib Presiden merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.
Semuanya bermula apabila Hishamuddin Hussein Onn kononnya menjadi suara yang menyampaikan keputusan Majlis Tertinggi UMNO kepada Muhyiddin yang tidak membenarkan Muhyiddin Yassin bercakap dalam ucapan penggulungan. Kononnya Muhyiddin Yassin mengamuk dan mencarut, Hishamuddin pula dituduh sebagai penyambung cerita tersebut untuk membesarkan lagi permusuhan dalam kem Najib-Muhyiddin.
Esoknya, dipetik pula Hishamuddin sebagai berkata, Muhyiddin perlu meminta maaf kepada Najib dalam usaha mewujudkan perdamaian.
Dan seperti biasalah, para pentaksub atau lebih tepat lagi BATU API mula berpencak dengan menggunakan segala medium dan hujah untuk memberitahu BETAPA TIDAK MALUNYA Najib kerana menghulurkan perdamaian kepada Muhyiddin setelah Muhyiddin dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Barangkali kerana Hishamuddin Hussein Onn kurang menampilkan diri terutama dalam 'krisis' Najib-Muhyiddin maka dilihat sebagai satu peluang keemasan untuk mewujudkan gelombang kebencian kepada kepimpinan UMNO yang diketuai oleh Najib Abdul Razak.
Menariknya baik Muhyiddin mahupun Shafie Apdal, memberi reaksi kepada fitnah tersebut yang direkacipta oleh si BATU API dengan memberitahu, mereka tidak punyai sebab untuk meminta maaf kepada Najib kerana mereka tidak melakukan kesalahan peribadi kepada Najib sebaliknya hanya berdasarkan prinsip dan dasar sahaja.
Klip video di atas menceritakan apa sebenarnya yang berlaku, sekaligus memberitahu kita betapa terdesaknya dan jahatnya golongan pembuat fitnah yang mahu terus menghancurkan UMNO dengan jentera-jentera fitnah mereka.
Hishamuddin Hussein Onn sendiri memberitahu, TIADA SEBARANG SEBAB UNTUK DIA MEMINTA DAN MENYURUH MUHYIDDIN YASSIN MEMINTA MAAF KEPADA NAJIB ABDUL RAZAK!
Ini hanyalah salah satu daripada cebisan fitnah yang berlangsung sepanjang PAU tahun ini. Hisamuddin Hussein Onn yang sebelum ini dilihat lebih banyak bekerja memperbaiki UMNO dan tugas-tugas rasmi Kementeriannya, tiba-tiba sahaja dikaut dalam usaha menjatuhkan dan memalukan Najib Abdul Razak.
Naib Presiden UMNO sekarang ada tiga orang iaitu Shafie Apdal, Zahid Hamidi dan Hishamuddin sendiri. Siapakah sebenarnya yang lebih beruntung setelah Zahid Hamidi selain Hishamuddin turut dituduh terlibat dalam usaha menjauhkan Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Presiden?
Apakah kerana Hishamuddin tidak terlibat dalam kemelut antara Najib-Muhyiddin, menyebabkan dia perlu diseret sekali?
Apakah kerana Hishamuddin Hussein Onn dilihat berupaya menjadi pendamai memandangkan dia mempunyai hubungan baik dengan Najib dan Muhyiddin, maka dia juga perlu digambarkan sebagai oportunis yang mahu mengambil peluang?
Penafian yang dibuat oleh Hishamuddin sendiri nampaknya kurang menarik minat dan perhatian berbanding fitnah yang mengatakan dia mengarahkan Muhyiddin dan Shafie Apdal meminta maaf kepada Najib.
Kumpulan-kumpulan penyokong Muhyiddin dan Mahathir-YTL, masih lagi memperolok-olokkan Hishamuddin sekalipun telah dijelaskan bahawa semua itu hanyalah fitnah dan mainan BATU API sahaja.
1. kalau kerusi nakhoda kosong siapa yang akan kedukaan dan siapa yang akan tersenyum lebar memandang ke arah kerusi.
ReplyDelete2. kalau bahtera barai dan menjunam ke dasar, siapa yang akan terjun dan siapa yang akan tunggu
3. kalau bahtera tersadai di dasar, bahtera mana pula yang akan dapat rejeki terpijak.