Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tajuk yang digunakan beberapa media juga perlu ditukar agar selari dengan ucapannya dalam satu ucapan di Johor Bahru baru-baru ini.
"Saya kata kerja sedia ada ditambah perniagaan online. Itu yang
Dalam satu majlis baru-baru ini, Ahmad berkata, kementeriannya mengesyorkan semua agensi kerajaan yang berurusan dengan usahawan mikro, kecil dan sederhana agar memberi fokus kepada perniagaan dalam talian.
Jelasnya, perniagaan atas talian, pemasaran elektronik atau e-dagang dilihat akan menjadi trend perdagangan masa depan.
Ujarnya lagi, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan geran tertentu kepada kumpulan usahawan berkenaan.
Isu #2kerja mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Kata Presidennya, Datuk Azih Muda, produktiviti kakitangan awam yang melakukan dua kerja dibimbangi akan terjejas kerana melakukan tugasan melebihi kemampuan diri.
Terdahulu di dalam Twitter, Ahmad memberitahu dia juga mempunyai tiga kerja iaitu Ahli Parlimen Pontian, Timbalan Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ketua Penerangan UMNO.
"JIka kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu malam dan hujung minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan," katanya ketika dipetik dari laman Twitternya. - AWANI
OMG ... kesian dia buat 3 kerja?
ReplyDelete