Dan seperti biasa, isu-isu seperti ini amat mudah merangsang dan kemudian memercikkan semangat yang entah apa-apa walaupun ada sesetengahnya itu, jiran di sebelah rumah kelaparan pun mereka tidak pernah peduli.
Islam mengajarkan TABAYYUN.
Apa itu TABAYYUN?
Tabayyun bererti dari sudut bahasa bererti, mencari kebenaran sesuatu perkara sehingga jelas keadaannya. Secara istilah pula ialah, meneliti dan memeriksa berita, tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan baik dalam hal hukum-hakam, penghakiman dan sebagainya sehingga jelas dan sah akan permasalahannya.
Bab berkenaan TABAYYUN merupakan salah satu perkara suruhan atau perintah Allah Taala menerusi Surat Al-Hujurat pada ayat 6 yang bermaksud:
Cerita pihaknya ialah:
Jururawat yang dipecat daripada sebuah hospital swasta dekat sini mendakwa tidak terlibat dengan masalah disiplin, sebaliknya beliau dihalang bertugas seperti biasa.
Naziah Sauni Samat berkata kenyataan pengurus kewangan dan pentadbiran Hospital Damai, Regina Sundram itu tidak tepat dan cuba menutup kesalahan sendiri.
“Saya tidak datang kerja sebab dia sendiri yang tidak benarkan saya datang kerja. Saya ada rakaman semua itu yang mendakwa dia akan jadikan saya boneka jika saya datang kerja.
“Saya datang kerja, dia suruh balik. Hari saya datang dengan lengan panjang, dia suruh saya duduk tepi, jangan buat kerja apa-apa sampailah saya berlengan pendek dengan sarung lengan,” katanya ketika dihubungi ProjekMMO semalam.
Jururawat itu diminta mengulas kenyataan Regina yang mendakwa dia dipecat kerana tidak hadir bekerja selama dua hari tanpa sebab.
“(Disebabkan itu) kami anggap dia secara tidak langsung sudah berhenti kerja. Dia diberhentikan bukan kerana pakai pakaian lengan panjang.
“Mengikut akta buruh, sekiranya pekerja tidak hadir bekerja lebih dari dua hari bekerja, boleh dikira telah berhenti,” katanya kepada portal Malaysiakini semalam.
Naziah, 24, mula berkhidmat di Hospital Damai, Hulu Kelang sejak 1 September lalu. Beliau mendakwa dihalau dari tempat kerja dari 24 hingga 26 November lalu.
Menurutnya, beliau kemudian ditahan kerja dari 27 hingga 29 November tetapi kembali bertugas pada esoknya dengan pakaian lengan pendek dan bersarung lengan.
Jururawat itu berkata beliau kemudian diminta membuka sarung lengan berkenaan jika tidak mahu diberhentikan kerja.
Ketika dihubungi portal popular itu, Regina juga dilaporkan berkata pengurusan hospital sudah memberi penjelasan bahawa pemakaian seragam berlengan panjang memang tidak dibenarkan.
“Kami tidak melanggar akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, malah peraturan pemakaian seragam berlengan pendek dibuat untuk mengelak jangkitan kuman pada pesakit dan memudahkan kerja,” beliau dipetik berkata.
Menurut Regina lagi, pihak hospital turut memberikan ruang kepada Naziah untuk berfikir sama ada untuk meneruskan kerja di situ atau berhenti sendiri. Namun, tambahnya, Naziah datang bekerja dengan memakai sarung lengan dan ia melanggar peraturan pemakaian hospital tersebut.
Menjelaskan perkara berkenaan, Naziah berkata Regina sudah melihatnya berpakaian lengan panjang sejak pertengahan September tetapi hanya membangkitkan masalah itu pada November.
Katanya, pengurusan atasan hospital itu sudah memberikan kebenaran kepada beberapa jururawat untuk berlengan panjang asalkan kos tambahan baju seragam ditanggung sendiri.
“Ketua jabatan sudah menghubungi Regina, mengatakan saya dan kawan dibenarkan memakai lengan panjang.
“Pada masa itu Regina sendiri kata ‘boleh’, dengan syarat lebihan kos baju lengan panjang ditanggung sendiri,” katanya.
Pada Jumaat lalu, Naziah tampil di sidang media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan mendakwa diberhentikan kerja kerana enggan mengenakan seragam berlengan pendek.
“Saya telah dimarahi dan dihalau dari hospital berkenaan, malah saya juga tidak boleh mendapat pekerjaan baharu kerana Sijil Perakuan Amalan Tahunan saya ditahan oleh pihak hospital itu dan terikat dengan kontrak selama setahun,” katanya seperti dilaporkan Bernama.
Dakwanya lagi, dia turut dilarang memasuki kawasan hospital dan tidak dibenarkan melakukan sebarang tugas sekiranya tidak mengenakan baju berlengan pendek.
“Pihak pengurusan juga memberikan amaran bahawa saya akan dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 kerana melanggar kontrak,” tambahnya. (RUJUK SINI)

Cerita pihak majikan pula:
Penamatan perkhidmatan seorang jururawat dari sebuah hospital swasta yang dilaporkan dengan meluas di media semalam adalah disebabkan oleh masalah disiplin dan bukannya sebab tatacara pemakaian.
Perkara ini dimaklumkan oleh Pengurus Kewangan dan Pentadbiran Hospital Damai Service (Melawati), Regina Sundram dengan memberi penjelasan kepada insiden yang berlaku kepada Naziah Sauni Samat, 24.
”Sejak tahun 1989, peraturan hospital dan etika pemakaian pakaian seragam untuk semua kakitangan adalah memakai kemeja berlengan pendek. Kami tidak pernah benarkan Naziah memakai pakaian seragam berlengan panjang seperti yang didakwanya.
“Namun, Naziah tetap berdegil dan terus memakai seragam berlengan panjang. Kami menghantar sepucuk surat kepadanya pada 23 November menegaskan dia ditangguh kerja selama 48 jam untuk memotong lengan pakaian seragam itu dan kembali bertugas dengan kod pemakaian yang sesuai.
“Surat itu turut terkandung pendirian pihak hospital menyatakan, sekiranya dia (Naziah) tidak datang bertugas dengan pemakaian yang betul selepas 48 jam, kerjanya secara automatik akan tamat.
“Naziah hanya kembali bertugas pada 30 November tanpa memberi apa-apa alasan atas ketidakhadirannya. Walau bagaimanapun, kami membenarkan dia terus bertugas kerana dia telah memotong lengan pakaian seragamnya dan memakai stokin lengan. Kami menyuruhnya membuka stoking lengan itu tetapi dia tidak mahu berbuat demikian.
“Kemudian, dia tidak hadir bertugas pada 1, 2 dan 3 Disember. Pada malam 3 Disember, dia bertanya sampai bila kerjanya ditangguh. Seperti yang tertulis di dalam surat itu, kami memberitahu Naziah perkhidmatannya telah tamat,”katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.
Menurut Regina, jururawat beragama Islam lain yang bertugas di hospital itu tidak mempunyai masalah mematuhi etika pemakaian hospital tersebut.
“Dia telah jadikan perkara ini sebagai isu agama. Ini bukan isu agama, ini masalah disiplin,” katanya.
Naziah mengambil keputusan untuk membawa aduannya ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mengadakan perbincangan dengan Regina.
Sehubungan perbincangan itu, wakil hospital membuat keputusan untuk membuat laporan polis.
Dalam laporan itu, wakil hospital menyatakan bahawa kakitangan Islam hospital itu harus berpakaian seragam seluar panjang, kemeja pendek dan anak tudung dan ini tidak dibantah oleh mana-mana kementarian dari kerajaan sehingga hari ini.
Laporan itu turut berkata, ini adalah ‘standard dress code’ untuk setiap kakitangan hospital itu.
Semalam, Naziah dalam satu sesi sidang media, berkata dia mengalami tekanan emosi apabila dia dianggap berdegil kerana tidak mematuhi arahan hospital.
Akibat tertekan, dia membuat keputusan untuk tidak melaporkan diri untuk bertugas selama beberapa hari.
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang turut hadir di sidang media itu Jumaat menggesa Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia dan JAKIM mengambil tindakan sewajarnya. (RUJUK SINI)

Disiarkan cerita kedua-dua belah pihak.
ReplyDeletePerkara yang boleh direnungkan. Pekerja hanya dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan pendek. Siapa yang bekalkan pakaian seragam? Majikan atau pekerja beli sendiri di kedai? Seterusnya .....
Bukan isu agama kepala bana... Hak2 org islam dijamin perlembagaan, dan apa2 peraturan yg bercanggah dengan perlembagaan ianya tidak boleh digunapakai... Lengan pendek tu tutup aurat ker tak?
ReplyDelete4:30,
ReplyDeleteSaya rasa pandangan awak tentang perlembagaan dan peraturan pekerjaan menyimpang dari kebenaran. Analogimya begini: BAHASA resmi adalah bahasa Melayu, makanya mana-mana pihak penyedia perkhidmatan harus hanya menggunakan bahasa resmi dan kalau bahasa lain bermakna ianya tidak ikut perlembagaan?
Apa yang pihak penjaga kepentingan muslim boleh lakukan ialah memberikan penerangan berterusan tentang keperluan tenaga kerja mukmin termasuk muslimah. Pihak penyedia tenaga kerja perlu diberikan kefahaman dengan harapan mereka tergerak untuk menukar pandangan dan seterusnya menambahbaik peraturan secara sukarela agar bersesuaian dengan keperluan semua.
Secara peribadi, kalau dalam dewan bedah pakaian 'menutup aurat' tidak mengganggu perjalanan pembedahan serumit manapun ia, dan kalau angkasawan dapat menjalankan tugasan di luar angkasa meskipun mengenakan pakaian 'tutup aurat' makanya tidakkah itu satu bukti kukuh bahawasanya pakaian bukanlah penghalang.
Paria dah hitam tsngan, x ada beza
ReplyDelete643 ko sembang apa bahalol.
ReplyDelete