Sekarang, budak-budak sekolah pun pakai telefon. Gaya hidup sudah disalahanggap sebagai keperluan hidup. Pondok telefon awam sudah dianggap fosil, sehinggakan pendatang asing haram pun, menggunakan telefon bimbit secara terbuka.
Sepatutnya dengan pertambahan jumlah pengguna, maka nilai caj yang dikenakan oleh provider juga turun. Itu secara logiknya kalau ikut hukum demand-supply ekonomi.
Tetapi hukum ekonomi di Malaysia sangat terbalik. Kuasa pasaran tidak menentukan harga, sebaliknya harga ditentukan oleh pembekal atau provider. Kalau mereka kata harganya perlu dimahalkan dengan pelbagai alasan, termasuklah dengan menjadikan cukai kerajaan kepada mereka sebagai batu loncatan untuk mengenakan bayaran mahal kepada pengguna, maka pengguna perlu memaki hamun kerajaan, bukan kepada TELCO yang telah mengalihkan cukai mereka kepada pengguna.
CAJ-CAJ TERSEMBUNYI!
Kebanyakan pengguna pasca bayar seringkali 'diserang' oleh rangkaian lima nombor yang menggunakan SMS sebagai kaedah mencari untung mereka. Dari nada dering, sehinggalah servis pemberitahuan pembayaran bil.
Sudah
Tetapi memandangkan yang berhadapan dengan Kerajaan adalah TELCO, menyebabkan tidak banyak harapan yang boleh diberikan kepada usaha-usaha tersebut. Ini adalah kerana TELCO tersangat berkuasa sehingga kerajaan pula terpaksa mencari alasan untuk membela TELCO menzalimi para pengguna!
Perlu diingatkan bahawa DASAR LANGIT TERBUKA yang diperkenalkan pada pertengahan 190-an telah memberikan kuasa tidak terhingga kepada TELCO dan beberapa entiti pemberi khidmat yang lain termasuklah ASTRO untuk menzalimi rakyat Malaysia. Seperti dilindungi klausa istimewa, kerajaan yang menggantikan kerajaan terdahulu juga nampaknya sangat sukar menembusi perisai di sekeliling TELCO-TELCO tersebut.
Haramjadah....
ReplyDeleteMembela telco dlm menzalimi rakyat, ini assobiyyah namanya (membela puak dlm melakukan kezaliman).
memang kerajaan dapat untung sama ...tax koparat.individu sebab tu kerajaan main sandiwara
ReplyDelete