Pages

Saturday, December 12, 2015

MAAFLA KHAIDIR AHMAD! PASIR SUNGAI PAHANG LEBIH BESAR LABANYA BERBANDING IKAN PATIN!!!



Seperti yg diduga, akhirnya hari ini saya menerima surat daripada Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh yg menyatakan dukacita permohonan Lesen Pendudukan Sementara atau TOL tapak projek ternakan ikan Patin sangkar saya di Kg. Tebing Tinggi, Lebak, Temerloh, Pahang, TIDAK DILULUSKAN.

Kali ini surat berkenaan ditandangani sendiri oleh Pegawai Daerah Temerloh yg baharu, Dato' Mohd Fadzli Bin Mohd Kenali.

Saya masih ingat janji manis yg dilafaz oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Muhammad Safian Bin Ismail di hadapan KDYMM Sultan Pahang dalam majlis menghadap di Istana Pahang, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2015 bahawa "DO Temerloh yg baharu nanti akan menyelesaikan isu tapak sangkar awak" selepas KDYMM Sultan Pahang menitahkan "janganlah robohkan sangkar dia, biarkanlah dia nak cari rezeki".


Ada beberapa kemusykilan di sebalik surat yg saya terima hari Ini:

1. Berita tentang surat itu sudah disebar oleh pihak pelesen pam pasir di kawasan berhampiran sangkar saya itu, sejak seminggu lalu... seolah-olah urusan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh "dalam kawalan" pengusaha pam pasir!

2. Nama saya pula ditulis tidak lengkap seperti nama penuh dalam kad pengenalan saya dan borang permohonan TOL saya... Seolah-olah surat itu ditulis tanpa merujuk kpd fail permohonan saya.

3. Tidak ada sebab dinyatakan dalam surat berkenaan mengapa permohonan saya tidak diluluskan sedangkan ia adalah bekas tapak Projek Ternakan Ikan Sangkar PPRT Mukim Lebak sejak 1996 lagi.



4. Sebelum permohonan TOL di tapak baharu di Tebing Tinggi yg dibuat pada Februari 2015, saya juga ada memohon TOL tapak kedai menjual ikan Patin di depan rumah saya di Kg. Durian Tikus pada tahun Feb 2013, tetapi setelah lebih dua tahun berlalu permohonan lama itu belum ada jawapan sedangkan permohonan baharu sudah dijawab. Di sini nampak sangat permainan pihak Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh yg begitu bersungguh-sungguh utk meneruskan operasi pam pasir yg turut membabitkan sebahagian Tanah Perkuburan Islam Kg. Tebing Tinggi (yg tertangguh sejak 2014 hingga sekarang kerana bantahan majoriti penduduk Mukim Lebak).

Beginilah nasib saya, meninggalkan jawatan tinggi di ibu negara pd 15 Disember 2014 utk berbakti kpd rakyat sambil memajukan ekonomi desa, diuji dgn musibah banjir besar dua minggu kemudian yg menyebabkan 40 sangkar musnah dgn kerugian RM300,000 dan kemusnahan harta-benda RM100,000. Apabila projek pemulihan sangkar di tapak baharu di Kg. Tebing Tinggi siap dgn bantuan Jabatan Perikanan dan pinjaman RM270,000 drp Agro Bank pada 15 Mei 2015, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh buat pertama kalinya dlm sejarah Negeri Pahang (mungkin Negara Malaysia juga) telah mengeluarkan notis utk merobohkan sangkar saya pula. Selepas saya. Setelah saya meluahkan kekecewaan saya di Facebook terhadap tindakan zalim ini, saya disaman fitnah pula oleh Penolong Pegawai Daerah Temerloh, Mohd Iqbal Zainal Abidin yg menandatangani notis berkenaan (sehingga kini tarikh perbicaraan kes ini di Mahkamah Tinggi Temerloh masih belum ditetapkan).


Aduhai, malang sungguh nasib saya dalam memperjuangkan isu alam sekitar termasuk membantah projek pam pasir pertama di Mukim Lebak ini. Semakin hari semakin berat tekanan diberikan oleh pihak berkuasa negeri terhadap saya.

Namun, saya masih redha dan penuh yakin kpd kuasa Allah yg mengatasi segala kuasa lain di dunia yg sementara ini.

Saya berdoa semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kpd manusia yg diberi amanah kuasa sementara di dunia ini, agar tidak menyalahgunakan kuasa mereka untuk terus memusnahkan alam ciptaan Allah utk kehidupan manusia ini. Sesunguhnya Allah memberikan kamu kuasa bukan utk menambah kemusnahan di muka bumi dan menyusahkan kehidupan rakyat marhaen.

Saya juga berdoa kpd Allah agar suatu hari nanti pihak Kerajaan Negeri Pahang akan prihatin untuk membela nasib penternak ikan Patin di Sg. Pahang yg semakin hari semakin dihimpit masalah pencemaran air akibat kerakusan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh meluluskan terlalu banyak permit pam pasir di "Daerah Ikan Patin" ini.

Di samping itu, saya akan menulis surat rayuan berhubung keputusan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh tidak meluluskan permohonan TOL tapak sangkar ikan Patin saya tanpa sebab ini, kepada KDYMM Sultan Pahang, KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan YAB Menteri Besar Pahang.

KHAIDIR AHMAD


No comments:

Post a Comment