Pages

Tuesday, December 1, 2015

MB NEGERI SEMBILAN BALUN SEMACAM ADUN DAP BAGHAL YANG ULANG SEMUA SOALAN SELEPAS PENJELASAN PANJANG LEBAR!!!



Inilah perangai sebenar DAP dan mereka yang menjadi pembangkang di negara ini. Tak kiralah sama ada mereka totok penyokong DAP, PKR, PAS atau PAN tetapi juga yang berada di dalam UMNO dan komponen BN sendiri. 

Walau berbuih-buih mulut memberikan penjelasan, akhir sekali mereka akan mengulang semula soalan yang sama dan meminta penjelasan diberikan. Berulang-ulang....

Kita tengok sahajalah dalam isu 1MDB, YAPEIM, NFC dan sebagainya... inilah paten dan coraknya.

Persepsi dibuat terlebih dahulu dan soalan disediakan kemudian. Kalau ada penjelasan yang diberikan, mereka akan terus mengulang dan menekan-nekan soalan yang telah dijawab itu dengan tujuan kononnya untuk membuatkan para pendengar dan pemercaya mereka mendapat idea kononnya soalan mereka tidak dijawab. Atau paling lebih, mereka akan kata, soalan mereka tidak dijawab, justeru, mereka perlu bertanya lagi dan lagi dan lagi dan lagi...

Kalau soalan mereka tidak dipedulikan, mereka segera akan membuat kesimpulan dan meuwar-uwarkan kononnya salahguna dan penyelewengan telah dilakukan. Pihak yang ditanya pula terlalu takut untuk menjawab sebab takut isu penyelewengan dan korupsi mereka terdedah lebih banyak.

Tontoni dan hayatilah video di atas dan buka otak serta lapangkan dada, anda akan melihat apa sebenarnya yang berlaku di negara ini...



1 comment: